PKR, Pas berebut jadi MB Johor
DARI UTUSAN MALAYSIA
3/4/2012
MUAR 2 April - Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar jika menang di Johor.
Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.
Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.
"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar.
"Tidak timbul lagi isu siapa menjadi Menteri Besar Johor jika pakatan pembangkang menang,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Sungai Balang, di sini malam tadi.
Beliau mengulas ura-ura beberapa pihak dalam pakatan pembangkang berhasrat meletakkan Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan sebagai Menteri Besar Johor jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pada 12 Februari lalu, Jui Meng dalam satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Johor, ketika ditanya sama ada Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor, beliau menjawab, perkara itu masih belum dibincangkan.
Menurut Jui Meng, keputusan mengenainya akan ditentukan oleh ketiga-tiga pemimpin utama dalam pakatan pembangkang dan mereka perlu menang dahulu di Johor sebelum membuat penentuan.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas Johor sudah mengenal pasti calon yang bersesuaian untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang.
Katanya, Pas Johor juga akan meletakkan calon muda dan wanita jika menerima maklum balas positif di peringkat cawangan dan bahagian.

KOMEN : ANGAN-ANGAN MAT JENIN... BELUM MEMERINTAH DAH BEREBUTKAN JAWATAN... ANGAN-ANGAN TINGGI MELANGIT... TAK RETI NAK UKUR BAJU YANG DIPAKAI AGAKNYA.... SIAN BIARLAH MEREKA BERANGAN NAK KE BULAN NAIK ROKET... TAPI KALAU RAKYAT JOHOR PUN BERANGAN NAK NAIK ROKET DENGAN DAP/PKR/PAS BAIK FIKIRKAN 1000 KALI... KALAU ASYIK BERANGAN TAKAN KE MANA...
No comments:
Post a Comment