Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 April 2012

ASAL BERINDENTITI MELAYU, SI KHALID AND THE GENG PASTI TINDAS


Naik sewa kompleks 300 peratus
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA SELANGOR 2 April – Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.

Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

‘‘Sudahlah mereka tidak memberikan sumbangan kepada MBS malah mengenakan pula kenaikan sewa beratus kali ganda sebagai tekanan. Sedangkan kalau kita lihat sejarah, sebenarnya Kompleks Belia dan Kebudayaan dibina semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), cuma tanah tapak kompleks itu masih milik kerajaan negeri kerana kita tidak jangka kerajaan negeri akan bertukar tangan.

‘‘Kita yang memperjuangkan pembinaan kompleks tersebut bagi membolehkan belia yang diterajui oleh MBS mengumpulkan para belia untuk menjalankan aktiviti kerana sebelum itu kedudukan mereka bersepah kerana tiada tempat khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Timbalan Presiden MBS, Badrul Hisham Badrudin dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini dipetik sebagai berkata, MBS kemungkinan besar terpaksa diusir daripada kompleks berkenaan dengan kenaikan sewa dari RM1,900 sehingga RM5,280 iaitu 300 peratus yang bakal dikenakan ke atas pertubuhan itu.

Masalah bermula apabila pejabat MBS yang sebelum ini ditempatkan di tingkat empat dan lima perlu melepaskan lot di tingkat lima selepas kepimpinan kerajaan negeri diambil alih oleh parti pembangkang.

Perkara itu berpunca daripada arahan kerajaan negeri agar sewaan sebanyak RM1,900 dikenakan bagi setiap tingkat yang diduduki MBS iaitu keseluruhannya hampir mencecah RM4,000.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya sendiri terlibat dalam usaha membina kompleks belia tersebut kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

‘‘Sepatutnya kerajaan negeri tidak mempolitikkan persatuan belia tetapi apa yang berlaku sekarang MBS seolah-olah diketepikan dan menjadikan belia berpecah-belah.

‘‘Dulu kita beri kepada MBS untuk menduduki pejabat di kompleks belia itu secara percuma kerana kita tahu badan induk belia bukan pertubuhan yang berorientasikan keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pakatan pembangkang juga dilihat gagal membela golongan belia dari segi aspek pendidikan apabila mengambil keputusan merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

‘‘Kalau mereka fikirkan soal keuntungan, sepatutnya sediakan dahulu penempatan para pelajar tetapi sehingga tahun ini tiada sebarang pengambilan pelajar baru dilakukan,” katanya.

KOMEN : NAK KATA APA LAGI... CUMA ITU AJELAH KEPANDAIAN YANG SI MB SELANGOR AND THE GENG PANDAI BUAT... NAIKAN SEWA RUANG BANGUNAN/KEDAI... KOREK PASIR... TEBAS HUTAN... BANYAKAN LESEN-LESEN RUMAH MAKSIAT... DAN YANG PALING UTAMA DAPAT MENINDAS ORANG MELAYU... BILA LAGI AGAKNYA ORANG MELAYU SELANGOR NAK BANGKIT NI...?

No comments: