Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 17 April 2012

PARLIMEN - Kajian semula Akta Hasutan: 3 prinsip kekal


Oleh Meor Hisham Zulkifli, Faiza Zainudin dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2012/04/17




Tangani perlakuan hina Agong, Raja
Elak perbuatan timbul permusuhan kaum
Cegah persoal perkara dalam Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan yang akan dikaji kerajaan secara menyeluruh, akan mengekalkan tiga prinsip dalam akta itu termasuk menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja.

Kita ingin merealisasikan potensi Malaysia bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan negara yang menghormati hak asasi manusia. - Datuk Seri Najib Razak
Dua prinsip lain ialah menangani perbuatan atau perlakuan yang akan mengembangkan perasaan niat jahat yang menimbulkan permusuhan antara kaum atau penduduk berlainan dan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tiga prinsip itu adalah perkara utama yang perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru itu bagi menangani sebarang perbuatan dan perlakuan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata, kajian menyeluruh akta berkenaan adalah antara usaha kerajaan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan politik menerusi inisiatif Program Transformasi Politik negara (PTP).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) untuk bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, usaha berkenaan juga selaras dengan hasrat kerajaan melakukan perubahan dan pembaharuan dalam landskap politik negara, sekali gus mewujudkan ruang demokratik mencukupi untuk perbezaan pendapat dan persaingan idea.

“Kita ingin merealisasikan potensi Malaysia bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan negara yang menghormati hak asasi manusia,” katanya.

Pada 16 September tahun lalu sempena Hari Malaysia, Najib mengumumkan inisiatif PTP yang membabitkan pembatalan tiga Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, penggubalan Akta Perhimpunan Aman, termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Selain itu, Najib juga berkata, kerajaan akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sejajar dengan janji menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan.

“Akta baru itu juga akan mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Media yang akan melaksanakan kawal selia kendiri industri,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak takut atau gentar bersaing dalam gelanggang demokrasi atau berbanding idea dan dasar dengan sesiapa saja kerana mengamalkan sikap terbuka serta mempercayai era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

INFO: 3 prinsip perlu kekal dalam kajian semula Akta Hasutan

Menangani perbuatan dan perlakuan yang:

Mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan

Mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..KLU BLEH BIAR LG KERAS DRP ISA SEBELUM NI. BKN APE..SKANG PUNYE PENGGANAS LG XTREME DR DULU BROO!. TAU2 JEK BOM BLEY MELETOP KAT DEPAN MATA. KLU KENE PEMBANGKANG XPE GAK..KLU KENE KAT RAKYAT BIASE HARUUU JADINYEEE HUHUHUHU