DARI HARIAN METRO
23/4/201
BANGGA...(dari kiri) Raikkonen, Vettel dan Grosjean barada di podium selepas perlumbaan di Litar Sakhir, malam tadi.
MANAMA: Selepas pasukan Mercedes AMG Petronas mengharumkan nama
Malaysia apabila meraih kemenangan pada perlumbaan Grand Prix (GP)
Formula Satu China menerusi Nico Rosberg, semalam giliran Lotus Renault
yang dimiliki oleh Proton pula menyerlah di Bahrain apabila menamatkan
perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.
Pada perlumbaan semalam yang dimenangi juara dunia dua kali,
Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Renault, Kimi Raikkonen yang
hanya bermula dari petak ke-11 mempamer pemanduan cemerlang untuk
menduduki tempat kedua dengan hanya ketinggalan 3.3 saat di belakang
Vettel.
Sementara rakan sepasukannya yang juga muka baru dalam F1, Romain Grosjean di tangga ketiga sekali gus podium pertama untuknya selepas bermula di petak ketujuh. Bagaimanapun bagi Raikkonen, podium kedua yang dimenanginya semalam masih belum cukup untuk memuaskan hatinya meskipun ia adalah kejayaan terbesar buatnya setakat ini selepas melakukan penampilan semula pada saingan F1.
“Saya sedikit kecewa kerana ada melakukan kesilapan pada awal perlumbaan, namun selepas itu segala-galanya tampak berjalan lancar dengan berjaya memotong satu persatu kereta lain.
“Saya rasa kami sepatutnya mampu memenangi perlumbaan ini, tapi podium kedua sudah cukup bagus selepas melalui minggu yang agak sukar kerana jentera kami tidak berada pada prestasi 100 peratus,” katanya. Sementara bagi Grosjean, tiada yang mampu diungkapkan selain mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjaya membantunya meraih podium pertama pada saingan F1.
“Sudah tentu saya amat gembira dengan kejayaan ini. Kami tahu kami mempunyai jentera yang kompetitif, cuma segala-galanya bergantung kepada strategi pasukan,” katanya. Kejayaan kedua-dua pemandu itu menyaksikan Lotus Renault kini naik ke tangga ketiga kategori pengeluar dengan meraih 57 mata sementara Raikkonen mengumpul 34 mata untuk menduduki tempat ketujuh kategori pemandu, diikuti Grosjean kelapan dengan 23 mata.
Ketika Vettel meraih kemenangan pertama musim ini, rakan sepasukannya, Mark Webber menduduki tempat keempat manakala Rosberg yang memenangi GP China sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
1 comment:
SYABASSS MESIA!..MESIA BOLEHH!!..KLU DPT PREVE LG LA BOLEH SGT! HUHUHU
Post a Comment