Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 April 2012

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibaca kali pertama


DARI UTUSAN MALAYSIA
11/4/2012



KUALA LUMPUR 10 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang yang dibahagikan kepada lapan bahagian itu ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September tahun lalu.

Menurut Mohamed Nazri, rang undang-undang itu dijadual dibaca buat kali kedua sebelum dibahaskan pada minggu depan.

Terdapat empat kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan keselamatan menurut rang undang-undang itu iaitu:

* Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta.

* Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

* Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan.

* Untuk mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

Dalam pada itu, daripada kesemua peruntukan rang undang-undang yang dicadangkan, fasal empat adalah yang paling penting kerana ia melibatkan kuasa khas polis untuk melakukan tangkapan ke atas individu yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Fasal itu juga merupakan penyimpangan daripada fasal lima Perlembagaan Persekutuan iaitu selepas 24 jam penahanan polis seseorang itu boleh dilanjutkan tahanan sehingga 28 hari bagi tujuan siasatan.

Dalam fasal itu turut dinyatakan mengenai pemasangan peranti pengawasan elektronik terhadap seseorang yang tidak dilanjutkan tempoh penahanannya dalam tempoh tahanan 28 hari.

Fasal lima pula membenarkan tahanan memberitahu warisnya dengan segera selepas ditangkap selain dibenarkan berunding dengan peguamnya.

Sementara itu, fasal enam pula memperuntukkan kuasa kepada pihak polis memintas komunikasi sama ada melalui kebenaran pendakwa raya atau sebaliknya iaitu bergantung kepada keadaan.

Bagi fasal 12 rang undang-undang itu menyebut bahawa semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain rang undang-undang itu, Mohamed Nazri hari ini turut membaca empat lagi rang undang-undang buat kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012; Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan)(No.2) 2012 dan Rang Undang-Undang Laut Wilayah 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pula membaca buat kali pertama Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012.

No comments: