Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 10 April 2012

Jati mahu kumpul 500,000 ahli



Orang ramai mendaftar sebagai ahli Jati selepas ceramah perdana Selamatkan Akidah oleh Hasan Ali di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, kelmarin.

BUKIT MERTAJAM 8 April - Jalur Tiga (Jati) berhasrat menghimpunkan 500,000 orang yang menjadi ahli pertubuhan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut subjek Agama Islam dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua peperiksaan.

Peperiksaan tersebut termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tuntutan mereka itu selaras untuk menjadikan subjek tersebut sama penting dengan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang kini diwajibkan lulus di sekolah.

Jelasnya, setakat ini tiada institusi yang benar-benar serius menuntut perkara itu daripada kerajaan yang sepatutnya menjadi agenda utama bagi memperkasakan pemahaman tentang Islam di kalangan pelajar sekolah.

"Kita sedang berusaha mengumpulkan ahli Jati sehingga mencecah 500,000 orang sebelum menghantar memorandum kepada Najib bagi menuntut mata pelajaran Agama Islam menjadi subjek wajib lulus bagi pelajar Islam di sekolah rendah dan menengah.

"Perkara ini penting kerana generasi pelajar hari ini dilihat semakin jauh dengan subjek tersebut, malah ia dianggap bukan satu subjek yang penting untuk diberi perhatian semasa peperiksaan di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana 'Selamatkan Akidah' di Permatang Pasir, Permatang Pauh semalam.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyentuh mengenai Pas yang disifatkan telah keluar daripada landasan yang digariskan oleh beberapa pemimpin utama mereka terutama membabitkan isu negara berkebajikan bagi menggantikan slogan negara Islam.

Jelasnya, Pas pasti akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka terus mengikut telunjuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dipimpin oleh sebilangan pemimpin yang menjadi parasit dalam parti.

"Jika Pas terus mengikut telunjuk parasit ini serta tunduk kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri, saya cukup yakin Pas akan tumbang dengan undi yang besar dalam pilihan raya nanti.

"Malah, kini Putrajaya juga seolah-olah menjadi wirid Pas kerana mereka bercita-cita besar untuk ke sana tetapi hanya sebagai pengikut kepada Anwar Ibrahim," ujarnya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

No comments: