Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 25 April 2012

FAKTA SEBENAR PTPTN

PTPTN: Jumlah pelajar masuk universiti naik 9 kali ganda
 Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR 23 April - Penyediaan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya meningkatkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti sebanyak hampir sembilan kali ganda. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebahagian besar daripada pembiayaan itu diberikan kepada pelajar Melayu yang menguasai 70 peratus daripada keseluruhan pelajar di menara gading.

Jelas beliau, sebelum kerajaan menubuhkan PTPTN, pelajar hanya bergantung kepada biasiswa atau derma siswa selain pembiayaan sendiri daripada pihak keluarga yang kebanyakannya golongan berada. ''Sebelum PTPTN diwujudkan, universiti hanya dapat tampung 27,000 pelajar di sekitar tahun 1990-an, jika tidak dapat biasiswa mereka ditaja oleh ibu bapa yang berkorban apa sahaja untuk pendidikan anak mereka.

''Namun, setelah kita wujudkan PTPTN, jumlah kemasukan ini meningkat sehingga 230,000 pelajar setahun sekali gus tanggungan pendidikan yang asalnya daripada ibu bapa dipindahkan kepada anak-anak dan itu pun mereka perlu bayar hanya selepas keluar universiti,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kompleks Pengurusan, Penyelidikan dan Inovasi, Makmal Kemudahan Penyelidikan Berpusat Universiti Malaya (UM) serta Persidangan Penyelidik UM 2012, di sini hari ini.

Mohamed Khaled sekali lagi menegaskan, peningkatan jumlah kemasukan pelajar itu mustahil untuk dicapai sekiranya konsep pendidikan percuma dilaksanakan kerajaan. ''Jumlah yang akan masuk universiti akan terhad kerana hanya mereka yang cemerlang diberi peluang bukan bererti semua pelajar berhak melanjutkan pelajaran.

''Jika kita lihat, hanya Maghribi sahaja negara yang memberikan pendidikan percuma tetapi hanya 300,000 daripada 31 juta jumlah penduduknya masuk universiti berbanding Malaysia yang mempunyai 1.3 juta pelajar daripada 27 juta penduduk tetapi mereka menghadapi masalah pengangguran dan pembangunan ekonomi tidak kukuh,'' katanya.

Menurut Mohamed Khaled, janji pembangkang untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hanya satu harapan dan alat politik bertujuan meraih sokongan rakyat. ''Apa yang kerajaan buat ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah kerana PTPTN itu bukan semata-mata untuk membayar yuran sahaja tetapi turut menanggung kos sara hidup. ''Jika mahu memberikan pendidikan percuma, siapa yang akan bayar kos sara hidup selain tempat di universiti tidak banyak,'' katanya.

KOMEN : JANGAN IKUT PERANGAI BUDAK-BUDAK UNIVERSITI YANG BERDEMO KAT DATARAN MERDEKA YANG DISANGKA BIJAK TAPI SEBENARNYA TAK MENCAPAI TAHAP MAHASISWA YANG BERDAYA SAING, GLOBAL DAN BERETIKA. 

No comments: