Oleh Manja Ismail
manja@nstp.com.my
2012/04/16
Toleransi kaum, agama kian rapuh perlukan undang-undang lebih tegas
RANG Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini, seharusnya mendapat sokongan seluruh ahli dewan, termasuk pembangkang jika mereka benar-benar jujur mahu melindungi rakyat daripada pelbagai bentuk ancaman baru yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara sekarang.
Berbanding ISA, yang dianggap banyak pihak, termasuk pembangkang dan pertubuhan hak asasi manusia sebagai akta zalim, rang undang-undang baru ini dilihat lebih adil dalam mengawal ketenteraman awam daripada ancaman keganasan, sabotaj dan pengintipan.
Berdasarkan rang undang-undang itu, empat kesalahan dikategorikan sebagai kesalahan keselamatan, iaitu menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta melakukan perubahan selain dengan cara yang sah.
Rang undang-undang yang mempunyai lapan bahagian itu mengandungi fasal berhubung kuasa khas bagi kesalahan keselamatan, tatacara khas peranti pengawasan elektronik, tatacara maklumat sensitif, perbicaraan, tatacara saksi yang dilindungi, keterangan dan pelbagai lagi.
Lebih penting lagi, rang undang-undang ini secara jelas memberi jaminan tiada tangkapan atas dasar politik, mengehadkan kuasa menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga hal ehwal dalam negeri dan menetapkan tempoh tahanan sehingga 28 hari sebelum dihadapkan ke mahkamah – antara aspek penting menggantikan peruntukan dalam ISA yang menjadi modal pembangkang dan pertubuhan hak asasi menuduh kononnya undang-undang itu zalim selama ini.
Fasal empat rang-rang undang-undang itu memperuntukkan kuasa khas kepada pegawai polis tanpa waran untuk menangkap dan menahan orang yang mempunyai sebab serta dipercayai terbabit dalam kesalahan keselamatan. Orang berkenaan boleh ditahan dalam tempoh 24 jam bagi tujuan penyiasatan, manakala kuasa pegawai polis berpangkat Penguasa Polis atau lebih tinggi boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28 hari.
Bagaimanapun cadangan akta itu menyatakan orang yang tidak ditahan lanjut boleh dipasang dengan peranti pengawasan elektronik bagi baki tempoh tahanan 28 hari itu. Rang undang-udang itu juga mencadangkan orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera alasan penangkapannya oleh pegawai polis yang membuat tangkapan.
Fasal lima akta itu pula membenarkan tahanan untuk memberitahu waris berhubung penahanannya selain dibenarkan untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.
Malangnya, dalam tempoh tidak sampai seminggu rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen, lain pula nada pemimpin pembangkang.
Jika dulunya mereka mahu ISA diganti dengan akta pencegahan baru yang lebih adil, mereka kini, seperti ditulis dalam laman web dan dicanang dalam ceramah politik mahu undang-undang pencegahan seperti itu dihapuskan terus.
Nampak sangat pembangkang semakin bimbang kehilangan modal, terutama untuk menghadapi pilihan raya kali ini, apabila setiap janji Datuk Seri Najib Razak, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lalu menerusi transformasi ekonomi, politik dan sosialnya menjadi kenyataan.
Hakikatnya setiap negara, apa lagi yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dengan perpaduan agak rapuh, mempunyai undang-undang pencegahan untuk memastikan kestabilan dan keselamatan rakyat.
Malah di Amerika Syarikat sendiri, yang sering menjadi rujukan pemimpin pembangkang, mempunyai undang-undang lebih tegas, terutama selepas serangan pengganas 2001.
Akta Keselamatan Dalam Negeri McCarran, yang diluluskan pada 1950 oleh Kongres Amerika Syarikat masih lagi diguna pakai di negara itu walaupun selepas menjalani beberapa pindaan.
Bagaimanapun itu masih belum mencukupi untuk melindunginya daripada ancaman dalam dan luar sehingga memaksa Kongres memperkenalkan akta baru yang dilihat mengongkong kebebasan dan hak asasi rakyat negara itu – USA Patriot Act 2001 dan Homeland Security Act 2002.
Begitu juga dengan Australia dengan Terrorism Act 2005, United Kingdom (Terrorism Act 2000), Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962), Bangladesh (Special Powers Act 1974), Ghana (Preventive Detention Act 1958), Israel (Emergency Powers [Detention] Law) dan Sri Lanka (Prevention Of Terrorism Act 1982).
Malah, negara jiran yang sentiasa menjadi sanjungan DAP, Singapura, akhir tahun lalu dengan lantang menolak gesaan supaya ISA di republik itu dimansuhkan. Kementerian Dalam Negeri Singapura berpendapat akta itu masih perlu untuk membantu kerajaan menangani ancaman keselamatan yang serius, termasuk pengganas.
Hakikatnya, undang-undang pencegahan seperti ISA bukan hanya setakat relevan tetapi lebih diperlukan di negara ini sekarang kerana toleransi kaum dan agama dilihat semakin rapuh selain pelbagai ancaman terhadap ketenteraman majoriti rakyat, angkara segelintir pihak yang berselindung di sebalik topeng kebebasan dan keadilan, sejak akhir-akhir ini.

No comments:
Post a Comment