Semua pihak wajib bangkit menentang fahaman songsang LGBT DARI UTUSAN MALAYSIA 23/4/2012
KUALA LUMPUR 22 April - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam
wajib bangkit menentang kelompok politik yang menyokong agenda Lesbian,
Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, kegagalan berbuat
demikian boleh mengundang malapetaka yang besar terhadap umat Islam
sekiranya parti politik yang menyokong golongan LGBT diberi mandat untuk
membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, menurutnya, mana-mana NGO yang mengetengahkan masalah
atau ancaman terhadap umat Islam sering dilabel oleh pihak pembangkang
sebagai pendukung agenda parti pemerintah.
"Betapa bodohnya tindakan segelintir pihak yang cuba menutup isu LGBT
dengan menuduh NGO yang bangkit bersuara sebagai penyokong UMNO.
"Lebih dikesali, kelompok politik terbabit masih menjadikan tuntutan
LGBT sebagai agenda perjuangan mereka sedangkan kerajaan menolak
sebarang usul yang memperjuangkan hak golongan berkenaan di Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya ketika menyampaikan ceramah
bertajuk LGBT Dari Perspektif Tuntutan Hak Asasi pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.
Selain Mahamad Naser, tiga penceramah lain pada wacana anjuran
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) itu adalah
Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran
Islam (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El Muhammady; Pengerusi Pusat Kajian
Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Presiden Persatuan
Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan.
Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad bertindak sebagai moderator pada wacana bertemakan LGBT Mengundang Bala Allah yang dihadiri lebih 500 peserta tersebut. Tambah Mahamad Naser, rakyat tidak seharusnya terkeliru dengan taktik
licik golongan LGBT yang mendakwa mereka hanya mahu menuntut hak untuk
melakukan hubungan seks luar tabii secara tersembunyi.
Beliau memberitahu, agenda LGBT hendaklah ditentang secara
habis-habisan kerana hubungan seks luar tabii merupakan satu kesalahan
di sisi undang-undang syariah dan sivil di negara ini tanpa mengira sama
ada ia dilakukan secara terbuka atau sebaliknya.
"Golongan LGBT selalunya menggunakan alasan mereka cuma mahu menuntut
hak untuk menyayangi dan disayangi pasangan masing-masing walaupun sama
jantina.
"Walau apapun alasan mereka, Islam tetap menganggap golongan LGBT
sebagai kelompok manusia yang dilaknat oleh Allah SWT. Kelakuan mereka
lebih buruk daripada haiwan," ujarnya. Tegas Mahamad Naser, golongan LGBT tidak layak menggunakan alasan hak
asasi manusia bagi mewajarkan perjuangan mereka kerana Perlembagaan
Persekutuan hanya menjamin kebebasan setiap warganegara melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti bermoral.
Penyokong tidak celik undang-undang
KUALA LUMPUR 22 April - Sokongan diberikan pihak tertentu terhadap
agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) boleh diumpamakan
seperti membantu proses perlanggaran undang-undang negara. Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim
Sinwan berkata, gaya hidup golongan LGBT adalah bercanggah dengan Islam
sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Setiap perkara yang kita lakukan seharusnya selaras dengan ajaran
agama Islam dan berada dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.
"Namun, penyokong agenda LGBT mungkin tidak celik undang-undang
sehingga menyebabkan mereka menganggap gaya hidup songsang itu sebagai
perkara biasa," katanya.
Abdul Rahim berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Tuntutan LGBT: Di Manakah Percanggahannya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan pada s Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.
Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad bertindak sebagai moderator
wacana bertema LGBT Mengundang Bala Allah yang dihadiri lebih 500
peserta tersebut. Abdul Rahim menambah, segelintir pihak juga bersikap apologetik
terhadap golongan LGBT disebabkan mereka kurang memahami kedudukan
sebenar Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kata beliau, adalah tidak rasional memaksa kerajaan
mengiktiraf golongan LGBT dengan mendakwa kononnya ia menepati Deklarasi
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
"Kerajaan tidak perlu tunduk dengan tuntutan golongan LGBT kerana negara ini tidak terikat dengan deklarasi tersebut," ujarnya.
KOMEN : SEMUANYA KERANA NAFSU SONGSANG MEREKA... JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN, SENDIRI YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA DIRI SENDIRI... IKUT NAFSU DIRI YANG BINASA...
No comments:
Post a Comment