Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 27 April 2012

Legoland Malaysia dibuka 15 September


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/4/2012
Siegfried Boerst menunjukkan pintu gerbang Legoland yang sedang dalam pembinaan.

NUSAJAYA 25 April - Legoland Malaysia yang merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia kini 75 peratus siap dan bakal membuka pintunya kepada orang ramai secara rasmi pada 15 September tahun ini.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst berkata, pembukaan taman tema yang terletak di Medini dengan keluasan 31 hektar itu lebih awal dari tarikh disasarkan sebelum ini iaitu pada penghujung tahun.
Dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama beroperasi, beliau memberitahu, kerja-kerja pemasangan 50 juta blok lego dan model di taman tema terbabit akan dimulakan pada bulan depan.

“Dengan pengumuman tarikh pembukaan ini, kita berharap pengunjung dan operator pelancongan akan mula membuat perancangan untuk ke Legoland Malaysia yang pasti mampu menawarkan pengalaman menyeronokkan.

“Kita yakin taman tema ini mampu menarik pelancong, sekali gus menjadikan ia antara destinasi taman tema terhebat dunia," katanya semasa mengumumkan tarikh pembukaan Legoland Malaysia di sini hari ini.

Legoland Malaysia merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (England) Legoland California dan Legoland Florida (Amerika Syarikat) serta Legoland Gunzburg (Jerman).

Taman tema itu dibangunkan oleh anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB), IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resort) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

Boerst memberitahu, walaupun belum dibuka secara rasmi, namun Legoland Malaysia sudah terbukti mampu menarik peminatnya dengan penjualan pas tahunan Legoland Malaysia kini melebihi 35,000 pas.

“Daripada jumlah itu, 60 peratus pembeli terdiri daripada rakyat Malaysia, 35 peratus rakyat Singapura, manakala baki lima peratus merupakan rakyat lain-lain negara.

No comments: