DARI UTUSAN MALAYSIA
15/4/2012
Kedua-dua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12.30 tengah hari dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, pukul 2 petang.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pihak polis perlu menyiasat berhubung dakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang telah bertindak biadab dan menghina institusi beraja pada istiadat pertabalan Seri Paduka.
"Saya cabar mana-mana ahli Parlimen yang ada mendengar bicara mereka tampil mengesahkan atau menafikan jika tidak berlaku," katanya ketika ditemui di sini.
Pada masa sama, beliau mendesak petugas perubatan Dr. Rahman Kadir yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung supaya tampil membuat laporan polis berdasarkan pemerhatiannya.
Pengerusi Perkasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sharifuddin Abdul Hamid pula berkata, perbuatan segelintir pemimpin pembangkang itu ternyata telah merosakkan imej Malaysia di mata rakyat asing.
"Kita sudah sedia maklum apabila menghadiri majlis pertabalan, kita perlu mematuhi protokol dan peraturan yang telah ditetapkan,'' katanya.
Di PASIR MAS, Perkasa Daerah Pasir Mas juga membuat laporan polis berhubung isu yang sama.
Laporan tersebut dibuat oleh wakilnya, Che Dollah Che Ismail sambil diiringi 30 ahli Perkasa daerah itu.
"Perbuatan mereka yang terlibat dalam isu ini tidak boleh ditanggung oleh orang Melayu kerana raja adalah lambang kedaulatan kepada bangsa Melayu," kata Che Dollah ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment