Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 17 April 2012

BILA PENDIDIKAN DIPOLITIKAN...

Sikap biadab peserta demonstrasi
PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.

Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.

Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.

“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.

KOMEN : DAH LAH TAK PANDAI, SURUH BELAJAR PERGI BERDEMO... KALAU TAK MAHU PTPTN, JANGANLAH MOHON... GUNALAH DUIT MAK/BAPAK KAU YANG KAYA TU... ADA PELAJAR BANGSA LAIN KE? MAJORITI ORANG MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI... GUNAKANLAH AKAL KALAU MENGAKU DIRI TU MAHASISWA?

No comments: