Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 26 April 2012

NASIHAT BERGUNA UNTUK MAHASISWA

Lupakan demonstrasi
GOLONGAN mahasiswa tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang demonstrasi jalanan yang boleh memberikan imej negatif kepada negara.. - Gambar hiasan

Setelah meluat dan geli geman dengan gelagat 'Hero siswa-siswi' di Dataran Merdeka membuat kerja tak berfaedah itu, saya sebagai seorang bapa (juga seorang siswazah) kepada anak-anak yang semuanya telah tamat pengajian di kolej dan universiti, ingin memberi nasihat kepada mereka yang terlibat.

* Pertama, jangan buat kerja sia-sia dan tak berfaedah itu.

* Kedua, orang muda jangan terpengaruh dan terikut-ikut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memang suka menanam semangat kebencian kepada kerajaan hanya kerana cita-cita mereka tak kesampaian. Mereka tak mahu terima qada dan qadar dari Allah SWT. Kalau bukan rezeki dia, janganlah nak menjahanamkan anak-anak muda bangsa kita pula. Memang sifat orang muda, kalau kena provokasi sedikit, cepat sangat melenting. Saya pun muda dahulu, jadi pemimpin pelajar juga. Yang tak betul kita tegur mengikut saluran yang sesuai.

* Ketiga, tumpukan kepada pelajaran, jadilah mahasiswa cemerlang, bukan pandai jual temberang. Jangan menang sorak kampung tergadai. Ingatlah wahai anak-anakku, masa itu sangat berguna ketika kamu muda, cari ilmu dunia dan akhirat. Banyak kerja berfaedah yang boleh dilakukan kalau sudah puas mentelaah buku-kuku kamu itu.

Kami di kampung ada banyak kebun sawit yang tidak dipetik buahnya. Ingat harga sawit sekarang lebih kurang RM700 satu tan. Kami juga ada kebun-kebun getah yang tidak ditoreh. Kami memerlukan tenaga muda kalian semua, jika sudi. Harga getah RM5 sekilogram. Kalian semua tahu tak yang hasil kekayaan di kampung-kampung sekarang ini dikaut oleh orang asing? Mereka memperolehi beribu-ribu ringgit sebulan daripada tanah-tanah pusaka nenek moyang kita. Macam-macam kerja menunggu di kampung.

Apakah anak-anakku malu menyinsing lengan dengan keringat bercucuran untuk mencari rezeki halal, tapi tidak malu buat kerja sia-sia dan mendapat cemuhan orang ramai? Buat kerja kampung badan sihat fikiran jadi waras. Jadi tidak ada masa nak dengar hasutan pembangkang yang meracuni fikiran kalian semua.

Sebagai contoh, bukan nak bangga anak-anak saya walaupun sudah bekerja masing-masing boleh berdikari, tapi bila balik bercuti sedia menolong di kebun sawit dan getah milik kami. Di sini peranan ibu bapa sangat penting memberi pendidikan sejak kecil lagi. Mereka tak segan silu menoreh getah, mereka membaja dan buat lain-lain kerja di kebun. Ini kerja mulia, kalau kita tak buat kerja-kerja itu semua, siapa lagi?

Saya mahu anak-anak saya boleh survive dalam semua keadaan. Kita semua akan menempuh keadaan dunia yang sangat sukar dan mencabar pada masa mendatang. Kita sedang melalui zaman 'The Peak Moments'. Bank Dunia meramalkan harga makanan akan terus naik, harga minyak terus naik. Apakah perancangan kita wahai anak-anak muda? Takkan habis dek duduk berdemonstrasi sahaja? Perut lapar, minyak motor dah kering, macam-macam lagi nak beli. Renung betul-betul! Duit Petronas bukan untuk mahasiswa saja. Itu kamu semua kena ingat, jangan ikut sedap cakap saja. 

Kami orang lama perlukan perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan lain yang disubsidi oleh kerajaan. Kamu lupa, kita bangun pagi-pagi lagi sudah bantai teh tarik, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi. Lepas itu ke hulu ke hilir dengan motosikal, kereta, semua itu disubsidi oleh kerajaan, apa lagi?

Jangan kita terikut-ikut dengan hasutan Ketua Pembangkang. Perbetulkan diri sendiri dulu, jangan nak betulkan orang lain. Ayuh anak-anakku kembalilah ke pangkal jalan. Saya doakan kalian semua sukses dalam bidang-bidang yang diceburi. Banyak lagi pengalaman yang saya boleh kongsi dengan anak-anak muda yang kusayangi! 

KOMEN : APA PERLU MAHASISWA BUAT...? HANYA PERLU BELAJAR DAN TIMBA ILMU SUPAYA JADI RAKYAT YANG BERGUNA KEPADA NEGARA... ITU SAHAJA...

No comments: