Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 10 April 2012

AUKU DIPINDA...

Kena pilih politik
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Nazura Ngah dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2012/04/10



Pindaan AUKU dibentangkan: Pelajar IPT tidak boleh pegang jawatan pertubuhan kampus, parti politik serentak

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam akan memberi kebenaran kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai dan menjadi ahli dan memegang jawatan sebarang parti politik. Bagaimanapun, pindaan yang dicadangkan itu melarang mereka bertanding dalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan atau kumpulan pelajar dalam kampus jika memegang jawatan parti politik.

Pindaan dapat memastikan kebebasan pelajar menggunakan hak mereka dalam soal politik, namun kerajaan masih lagi mengekalkan larangan menyertai pertubuhan haram atau yang dirasakan tidak sesuai oleh universiti, selain tidak dibenarkan membawa politik kepartian dalam kampus. - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
. Mereka juga tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti parti politik dalam kampus serta menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara.

Pindaan dalam Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ia untuk memperluaskan hak pelajar yang sebelum ini tidak dibenarkan menyertai dan menjadi ahli parti politik. Sekatan dan larangan dalam tiga subseksyen Rang Undang-Undang pindaan itu pula bertujuan mengekalkan keberkecualian dalam kampus.

Pindaan juga turut mencadangkan pelajar tidak boleh dihalang daripada membuat pernyataan atau melakukan apa-apa juga yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik.

Rang Undang-Undang pindaan itu turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Aduan Pelajar dengan Naib Canselor dilantik sebagai pengerusi, dua ahli masing-masing dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti serta dua pegawai universiti yang dilantik lembaga.


Jawatankuasa Aduan Pelajar dicadang diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan atau inkuari atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar.

Mengulas mengenai perkara itu ketika sidang media di lobi Parlimen, Mohamed Khaled berkata, pindaan AUKU memenuhi aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan transformasi politik yang turut membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi dan berharap dapat dilaksanakan tahun ini.

“Pindaan dapat memastikan kebebasan pelajar menggunakan hak mereka dalam soal politik, namun kerajaan masih lagi mengekalkan larangan menyertai pertubuhan haram atau yang dirasakan tidak sesuai oleh universiti, selain tidak dibenarkan membawa politik kepartian dalam kampus,” katanya.

Beliau berkata, larangan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan dalam universiti jika memegang jawatan parti politik adalah bagi mengelakkan pelajar menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi pelajar lain.

No comments: