Thursday, February 5, 20150 comments
SEKALI LAGI Tun Mahathir mengingatkan kita yang beliau secara terbuka tidak menyokong Najib ! Antara sebab utamanya adalah kerana 1MDB.
Disebalik beberapa isu panas akhir2 ini yang seolah menenggelamkan isu 1MDB, Tun Mahathir menghangatkannya kembali dengan satu artikel yang bagi saya, MUDAH DIFAHAMI dan mewakili suara ramai rakyat.
Saya copy dan terjemahkan di bawah -
Saya adalah penyokong Umno dan saya masih ahli Umno. Tapi mana2 yang tidak betul dilakukan oleh sesiapapun termasuk Umno akan saya kritik. Bagaimanapun, saya telah menyatakan secara terbuka yang saya tidak menyokong Najib.
5. I am a supporter of UMNO. I am still a member of UMNO. But I believe in criticising any wrong thing done by anyone, UMNO included. However, I have openly stated I do not support Dato Seri Najib.
Antara BANYAK alasan kenapa saya tidak sokong ( Najib ) adalah kerana kewujudan 1MDB. Hutang tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. BANYAK HAL MENGENAI WANG 1MDB YANG TIDAK BETUL. Salah satunya adalah kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti jualbeli saham untuk mencari keuntungan.
6. And one of the many reasons why I don’t support is the creation of 1MDB. Borrowed money cannot be regarded as wealth. And there are many things done with 1MDB money that are just plain wrong. Government should not be indulging in buying and selling shares to make money for itself.
Saya tidak setuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritiknya termasuk apa juga yang saya fikir memudaratkan negara.
7. I disagree with the 1MDB and I will continue to criticise it and anything that I think is detrimental to the good governance of this country.
Tindakan memburukkan saya oleh bloggers adalah berniat politik. Tujuannya untuk memperlekehkan kredibiliti saya. Tapi saya akan terus bertanya DI MANAKAH WANG YANG DIKATAKAN TELAH DIBAWA BALIK DARI CAYMAN ? Kenapa perlu meminjam lagi untuk bayar hutang jika kita ada RM8 Billion ? Selagi tidak dijawab, persoalan2 ini akan terus ditanya.
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.
Saya syak oleh kerana soalan2 itu tidak mampu dijawab, maka usaha dilakukan untuk memburukkan sipenyoal. Tindakan itu hanya menambahkan syakwasangka bahawa banyak yang tidak kena dengan 1MDB.
9. I suspect that because questions cannot be answered, resort is made to demonise the questioner. Doing this simply add to the suspicion that all is not well with 1MDB.
Mereka yang mengikuti blog DT pastinya ingat yang apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir baru saja saya nukilkan beberapa hari lalu. SAMA. Ini salah satu bukti yang menunjukkan Tun Mahathir bukan menghasut rakyat ( atau rakyat yang mengikut kata2 Tun ) tapi Tun sekadar menyuarakan apa yang sememangnya menjadi persoalan rakyat.
Makanya saya pernah tanya sebelum ini, apakah yang mahu didamaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ? Apakah sekiranya Tun berjaya dipujuk dari bersuara, maka rakyat pun akan turut diam sama ?
Nak 'damaikan' Tun senang saja - Jawab persoalan mengenai 1MDB dan lain2 persoalan yang pernah Tun timbulkan. Dengan cara itu bukan saja Tun berjaya didamaikan, malahan rakyat Malaysia pun akan terasa damai.
Oya, tertinggal pulak bahagian awal artikel Chedet - DEMONISING itu... Tun ada komen mengenai bloggers yang menyerang pengkritik 1MDB. Tun tak heran pun dengan perangai mereka kerana beliau sentiasa mengikuti akan aktiviti para bloggers.
Para bloggers ini merupakan pengkritik kerajaan satu masa dulu. Tapi atas sebab yang AMAT TIDAK DIKETAHUI, mereka telah berubah. Saya nampak perubahan mereka ini.
2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.
Namun Tun terima hak mereka untuk kritik beliau. Makanya Tun tidak terkejut dengan perubahan arah mereka ini.
Cuma Tun terkejut dengan laporan oleh The Star kerana biasanya akhbar perdana deperti The Star tidak akan menulis apajua yang memberi gambaran negatif terhadap pihak berkuasa. Tapi The Star telah lakukannya waima secara tidak langsung.
***********************************
Dari TMI pula, Tun Mahathir komen mengenai isu ahTong si spekulator matawang yang banyak dimainkan media akhir2 ini.
"Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang. Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB,"
Mengenai dakwaan yang Tong mensabotaj ekonomi Malaysia melalui spekulasi mata wang, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum disahkan.
"Buat kajianlah, betulkah tidak betul. The Edge ini tegur banyak 1MDB, balasannya dialah yang (dituduh) menjatuhkan nilai mata wang.
"Dulu nilai mata wang jatuh pasal peniaga antarabangsa. Lepas itu, kita buat kajian betulkah dia ada hubungan baik dengan Soros," kata Dr Mahathir, merujuk kepada hartawan George Soros yang menyerang ringgit ketika krisis kewangan Asia 1997. - TMI.
Sama juga dengan apa yang bermain difikiran saya sebelum ini ..... makanya saya tidak layan isu itu walaupun ada beberapa pembaca yang bertanya kenapa saya tidak ikut serta menyebarkan cerita ahTong.
Oya, ada satu persoalan yang ramai bertanya - Kenapa tidak ada pemimpin yang sanggup tampil menjawab ( atau menyoal ) persoalan 1MDB ? Bukankah anda dilantik menjadi wakil rakyat atau dalam ertikata lain, menjadi suara rakyat ? Nah, sekarang rakyat ramai yang bertanya, maka jadilah WAKIL SUARA RAKYAT !
No comments:
Post a Comment