Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 6 February 2015

Selangor berdepan krisis denggi – MB

06 Februari 2015 2:20 AM

SHAH ALAM 5 Feb. – Rakyat Selangor kini dianggap berdepan krisis kesihatan berikutan peningkatan wabak demam denggi yang menyaksikan 6,686 kes dicatatkan Januari lalu.
Mohamed Azmin Ali

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah tersebut merupakan pertambahan kira-kira 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 3,813 kes.

Menurutnya, bilangan kematian akibat denggi pada Januari tahun ini di Selangor pula sebanyak 17 kes berbanding tahun lalu, dua kes sahaja.

"Daripada jumlah keseluruhan kes denggi itu, Petaling direkodkan sebagai daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi paling kritikal dengan 3,212 kes termasuk 11 kematian pada Januari tahun ini.

"Justeru, atas nasihat Jabatan Kesihatan Selangor, kerajaan negeri akan melaksanakan strategi pencegahan pembiakan nyamuk aedes dengan memfokuskan terhadap kerja-kerja pembersihan kawasan, khususnya di daerah Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan denggi daerah Petaling di sini hari ini.

Mohamed Azmin menambah, kawasan yang akan diberikan perhatian melibatkan 262 pangsapuri kos rendah, 376 tapak pembinaan, 505 masjid dan surau, 173 sekolah, 353 rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung.

Ditanya tentang lokasi panas yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes paling tinggi di daerah Petaling, beliau memberitahu, pangsapuri kos rendah dan kawasan pembinaan merupakan antara tempat yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes denggi.

"Kedua-dua kawasan ini kita akan berikan perhatian utama dalam program Terjah dan Musnah Aedes dari 7 hingga 8 Februari ini. Selain itu, kita juga akan ambil tindakan terhadap mana-mana pemilik atau penyewa premis perumahan, perniagaan yang didapati gagal menguruskan kebersihan kawasan masing-masing.

"Bagi tapak pembinaan, tindakan seperti pemberhentian kerja dan gantung lesen terhadap pihak pemaju juga akan dikenakan jika mereka didapati tidak menguruskan kebersihan di kawasan mereka," ujarnya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegur kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana didapati tidak bersungguh-sungguh mengambil langkah bagi memerangi denggi di negeri ini.

Teguran itu dibuat berikutan Selangor masih mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini yang mana separuh daripada 2,000 kes yang dilaporkan di seluruh negara datang dari negeri ini.

Daerah Petaling merupakan kawasan paling teruk dan berdasarkan kajian, sistem kutipan sampah yang tidak teratur menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak, selain kawasan tapak pembinaan tidak dipantau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/selangor-berdepan-krisis-denggi-8211-mb-1.56547#sthash.CBLlV70d.dpuf

No comments: