Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 9 February 2015

10 pasukan mula impian baharu Liga Super

SABTU, 7 FEBRUARI 2015 @ 11:30 AM

Oleh Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Langkah kanan sudah dicipta juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu pada malam dianggap pembukaan tirai Liga Super 2015.

Malam ini, giliran 10 lagi pasukan berusaha mendapat keputusan yang sama buat mencari cengkaman awal.

Menilai perlawanan Sumbangsih yang dimenangi JDT dengan menewaskan Pahang 2-0, tidak salah untuk menyuarakan betapa skuad diberi jolokan Harimau Selatan itu pilihan malah kemenangan seakan menceritakan kekuatan mereka, musim ini.

Apa tidaknya, JDT tampak seakan beraksi di liga berbeza dengan Pahang - juara tiga trofi musim lalu, termasuk Piala Malaysia dan Piala FA seperti tiada jawapan untuk menghalang asakan bertali arus tuan rumah itu di Larkin pada 31 Januari lalu.

Malah, kemampuan JDT untuk melangkah ke perlawanan play-off kedua saingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 menewaskan wakil India, Bengaluru FC seharusnya mencipta gerun pencabar lain.

Daripada lima perlawanan yang berlangsung esok, semuanya boleh dianggap menarik dengan hampir semua pasukan ketika majlis memperkenal pemain dan jersi seakan memasang misi sama - satu trofi musim ini.

Melayan Selangor di Kuala Terengganu adalah skuad penyu, Terengganu.

Apa yang pasti, Selangor yang dibimbing Mehmet Durakovic tidak mahu bekas penyerangnya, Paulo Rangel menjadi duri dalam daging buat pasukannya.

Malah, Mehmet sendiri membayangkan tugas berat yang akan dipikul jentera pertahanannya namun yakin memiliki ramuan untuk menghalang penggempur kelahiran Brazil itu.

Bagi Perak, pertemuan dengan Sime Darby di laman sendiri tidak boleh dianggap sebagai mudah kerana pasukan berstatus kelab ini pernah 'mengajar' mereka sebelum ini.

Dalam dua perlawanan Liga Super musim lalu, Perak tidak pernah mencatat kemenangan ke atas Sime Darby malah aksi di laman sendiri berakhir dengan kekalahan 2-0 sebelum tewas 4-0 di laman lawan.

Satu lagi perlawanan menarik pastinya membabitkan ATM yang berdepan satu lagi kuasa besar Pantai Timur, Kelantan di laman baharu, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Selepas sekian lama menggunakan Stadium Selayang, ATM mencari angin baharu dan sekalipun jurulatihnya mengakui ada segelintir pemain belum biasa dengan gelanggang baharu, ia bukan alasan untuk The Gladiators sukar meraih tiga mata penuh.

Daripada semua 12 pasukan, dua pendatang baharu Liga Super musim ini paling menarik perhatian.

Bagi kebanyakan pemerhati bola sepak tempatan, dua pendatang baharu ini tidak boleh dianggap sebagai pasukan belasahan malah ada yang berani mengatakan kedua-duanya - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan FELDA mampu mencabar kejuaraan.

FELDA yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan akan menanti kunjungan wakil Borneo, Sarawak di laman sendiri, Stadium Selayang.

Dianggap antara pasukan paling kaya dalam saingan Liga Malaysia sebelum menafikannya, FELDA jelas memiliki ramuan untuk mengganas musim ini dengan barisan pemain dianggap konsisten di setiap bahagian.

PDRM yang juga juara Liga Perdana pula akan berkunjung ke tanah seberang, Singapura bertemu Lions XII yang pastinya bukanlah calang-calang pasukan sekalipun skuad 'jemputan' jiran ini seperti kehilangan taring musim lalu.

RAMALAN BH ONLINE MINGGU INI

LionsXII ..................1 PDRM.................... 2

FELDA United .........2 Sarawak............... 2

Terengganu............ 2 Selangor............... 3

ATM ........................1 Kelantan............... 2

Perak...................... 2 Sime Darby ...........3

No comments: