16 Februari 2015 12:05 AM
Arul Kanda
KUALA LUMPUR 15 Feb. - 1Malaysia Development Corporation (1MDB) sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik, berperanan membangunkan sesuatu projek dan kemudiannya membuka peluang kepada sektor swasta yang lain.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, 1MDB yang dimiliki Kementerian Kewangan, bukanlah pemilik kepada sesuatu projek yang dibangunkan.
“Orang ramai selalu lupa perkara ini dan cenderung beranggapan 1MDB adalah syarikat swasta yang mendapat layanan istimewa, sedangkan semua aset itu dimiliki MoF dan apa juga layanan atau faedah yang 1MDB terima dan nilai yang dijana adalah untuk kerajaan dan kerajaan adalah untuk rakyat.
“Bila melihat komentar-komentar di Internet atau blog, mereka tak ambil kira fakta yang begitu penting. Tetapi fakta adalah sangat penting bagi saya dan kalau kita tengok fakta memang kita kena akui ada cabaran untuk syarikat dan kalau kita rancang dengan baik kita dapat atasi segala cabaran yang kita ada hari ini,’’ katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.
Arul Kanda berkata, sebanyak lima bank peminjam dana pembiayaan kepada syarikat pelaburan strategik negara 1MDB, kata Bank-bank tersebut ialah Maybank yang membiayai 59 peratus, RHB 32.4 peratus dan tiga lagi iaitu Alliance Investment Bank, Malaysia Building Society Berhad dan Hwang DBS Investment.
Beliau berkata, 1MDB dimiliki oleh MoF, bermakna semua aset 1MDB adalah dimiliki MoF dan oleh itu 1MDB bukan ‘dana kekayaan’ seperti mana anggapan sesetengah pihak dan 1MDB tidak sama seperti Abu Dhabi Investment Authority atau Khazanah Nasional Berhad.
Ini adalah kerana kata beliau, 1MDB adalah syarikat pembangunan strategik yang berperanan membangunkan projek-projek untuk kerajaan.
“Misalnya, dalam projek tenaga, kami telah diminta oleh kerajaan untuk mengambil alih tiga loji jana kuasa iaitu Loji Janakuasa Tanjung, Genting Sanyen dan Jimah menjadi satu entiti yang besar dengan mempunyai Ahli Lembaga Pengarah sendiri.
“Pengambilalihan ini membolehkan unit tenaga 1MDB ini disenaraikan atau dijual sebagai satu syarikat entiti yang besar,’’ kata Arul Kanda.
* Ikuti BAHAGIAN KEDUA wawancara di muka 20. Bahagian pertama disiarkan di Mingguan Malaysia muka 8 semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/1mdb-bukan-dana-kekayaan-1.59973#sthash.OopELbPA.dpuf
1 comment:
kalau macam tu mof dah melabur pada tempat yang salah? sbb takder pulangan...kerugian lagi adalah..duit mof tu duit rakyat kan? kenalah menjawab dengan rakyat jugak kan? IMDB ni takder pun takper...dh lah kena bayar gaji mahal2 yang duk kat 1Mdb tu, pulangan takder...kenapalah MOF ni tak laburkan jer duit kat EPF ke...tabung haji ke..lain2 yang membawa jaminan faedah...akak tak pandai bab ekonomi ni, tapi ni jawab macam nk tutup salah, duit rakyat mana? hutang tu nanti MOF lah kena bayor ek sbb 1mdb cuma jalankan urusan pelaburan jer...iya ke? betul ke apa yang akak bebel ni? kalau salah sila betul kan...
Post a Comment