KHAIRUNNISA SULAIMAN | 18 Januari 2015 10:03 PM
Sekarang semakin banyak syarikat pengeluar telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan telefon pintar nipis sebagai memenuhi permintaan pelanggan.Samsung juga tidak ketinggalan dalam persaingan dengan melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy A7 dengan tebal 6.3mm.
Samsung Galaxy A7 tampil dengan badan metalik yang sama seperti 'ahli keluarganya yang lain', Galaxy A3 dan Galaxy A5 dengan Samsung mendakwa model ini merupakan telefon pintar paling nipis di dunia.
Telefon pintar ini dilengkapi skrin 5.5-inci 1080p Super AMOLED, 2GB RAM, bateri 2600mAh, 16GB ruang penyimpanan dan slot kad Micro SD yang menyokong kad sehingga 64 GB.
Terdapat dua model Galaxy A7, satu yang menyokong satu kad SIM dan satu lagi dua kad SIM.
Model yang menyokong satu kad SIM dilengkapi pemproses 32-bit Exynos 5430, manakala model dengan dua kad SIM dilengkapi pemproses 64-bit Snapdragon 615 octa-core. Kamera utama kedua model ini berkeupayaan 13MP dengan fokus auto dan flash LED, manakala kamera hadapannya berkeupayaan 5MP.
Telefon pintar ini meletakkan standard interaksi sosial ke satu tahap baharu dengan beberapa fungsi seperti Ultra Wide Shot dan Auto Selfie untuk kamera hadapan, di samping arahan suara untuk merakam gambar.
Galaxy A7 akan dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, tetapi dijangkakan akan dinaik taraf ke Android 5.0 Lolipop tidak lama selepas mula dijual.
Sambungan rangkaian 4G pula membantu pengguna berkongsi gambar dengan pantas.
Samsung belum lagi mengumumkan harganya, tetapi dianggarkan sekitar RM2,000 dan akan mula dijual dalam suku pertama tahun ini.
Samsung Galaxy A7 akan dijual di pasaran terpilih dalam warna Pearl White, Midnight Black dan Champagne Gold.
Spesifikasi
> RANGKAIAN:
Teknologi: GSM / HSPA / LTE
BADAN:
Dimensi: 151 x 76.2 x 6.3 mm (5.94 x 3.00 x 0.25 inci)
Berat: 141 g
SIM: Pilihan dua kad SIM
> PAPARAN:
Jenis: skrin sentuh Super AMOLED, 16M warna
Saiz: 5.5 inci (~72.5% screen-to-body ratio)
Resolusi: 720 x 1280 pixels (~267 ppi pixel density)
Multisentuh: Ya
> PLATFORM:
OS: Android OS, v4.4.x (KitKat)
MEMORI: Slot kad: microSD, sehingga 64 GB
Internal: 16 GB, 2 GB RAM
> KAMERA:
Utama: 13 MP, 4128 x 3096 pixels, autofokus, LED flash Ciri-ciri: Geo-tagging, fokus sentuh, pengecaman wajah, panorama, HDR
> BATERI:
Non-removable Li-Ion 2600 mAh battery
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/samsung-galaxy-a7-ternipis-1.49193#sthash.DxMeIkWd.dpuf
No comments:
Post a Comment