Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 19 January 2015

FAM : Lebih banyak tanda soal

MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 19 Januari 2015 12:33 AM


Surat pekeliling FAM yang menyatakan pasukan asal Gary Steven Robbat ialah Kedah.

KUALA LUMPUR - Mungkin tiga perkara itu sedang berlegar dalam kala­ngan mereka yang ber­kenaan dengan isu me­libatkan pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat apabila dia dikatakan milik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bukannya dari negeri yang dia berasal iaitu Kedah.

Mungkin soal menandatangani dua kontrak serentak iaitu bersama Pahang dan JDT mewajarkan Gary didenda sebanyak RM50,000 selain digantung permainan selama tiga bulan tetapi mengenai status sebenar pemain berusia 22 tahun itu, jelas hak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seolah-olah seperti telah dicabuli.

Walaupun dia pernah bersekolah di Kedah dan membesar di sana, segala perkara itu tidak diambil kira oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan yang melihat pemain itu sebenarnya memulakan karier bersama Harimau Muda C dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Keputusan yang dibuat oleh Takiyuddin itu dilihat sedikit janggal kerana di dalam sepucuk surat pekeliling pada 1 Disember yang diedarkan oleh FAM, nama Gary, selain tujuh pemain lain, jelas disebut dia berasal dari Kedah.

Mengikut apa yang ditulis dalam surat itu, Gary dan pemain-pemain lain seperti Mohd. Amer Saidin, Muhammad Ferris Danial dan D. Saarvindran wajib melaporkan diri kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dan mereka perlu memohon pelepasan sekiranya ingin berhijrah ke pa­sukan lain.

Jadi, apabila Takiyuddin membuat kesimpulan sedemikian iaitu Gary adalah hak FAM, sejauh mana kepekaan beliau mengenai surat yang diedarkan pada 1 Disember lalu dan mengapa ada dua pendirian yang berbeza dalam soal ini?

Jika benar Gary memulakan karier bersama skuad Harimau Muda, bagaimana pula dengan majoriti pemain-pemain lain yang sejak di bangku sekolah mene­ngah lagi me­nuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berada di dalam skuad Harimau Muda C sebaik sahaja berumur 16 hingga ke 18 tahun tetapi masih pulang ke negeri asal?

Ketika ramai pihak menyalahkan JDT, Pahang dan Kedah, namun FAM wajar bertanggungjawab kerana isu itu boleh diselesaikan lebih awal jika ada penyelarasan di dalam badan induk bola sepak negara itu mengenai status Gary.

Satu justifikasi jelas perlu dinyatakan oleh Takiyuddin dalam soal ini kerana jika tidak, ramai pihak akan terus berasa terkeliru ter­utama persatuan bola sepak negeri, pemerhati dan peminat-peminat.

Apa yang pasti, pengakhiran kes ini telah mencalarkan imej FAM dan dipertikaikan oleh Menteri Besar Kedah yang merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang berkata, beliau akan meneliti semula perjanjian sebelum melepaskan mana-mana pemain kepada Harimau Malaya atau Harimau Muda selepas ini.

“Keputusan ini menampakkan Gary seolah-olah bukan dari Kedah dan macam dia adalah free agent dan kalau Gary itu free agent lebih baik beritahu awal-awal, dan kita memang kecewa seolah-olah Kedah macam tiada jasa langsung dalam pembangunan bola sepak Gary sedangkan bakat awal dia digilap di Kedah,” katanya pada Jumaat lalu.

Buat masa ini difahamkan Kedah enggan melepaskan Syazwan Tajuddin dan Mohd. Farhan Roslan menyertai skuad Bawah 22 negara yang dikendalikan Razip Ismail kerana bimbang apa yang terjadi dalam kes Gary akan kembali menghantui mereka.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian, benarkah Gary memulakan karier bersama Harimau Muda C sedangkan pasukan itu secara rasminya ditubuhkan dua tahun lalu kerana sebelum ini dikenali pasukan Bawah 19 tahun?

Malah, Gary telah menyertai Harimau Muda A sejak 2010 dan menjadi sebahagian daripada skuad yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee yang menyertai jelajah di Slovakia pada masa itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lebih-banyak-tanda-soal-1.49376#sthash.gxP247xn.dpuf


No comments: