Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 14 January 2015

Penahanan Eric ikut 
undang-undang

TERMIZI CHE ANUAR | 14 Januari 2015 1:20 AM

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, tangkapan ke atas Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen adalah berlandaskan undang-undang.

Khalid Abu Bakar

Beliau berkata, penahanan itu penting demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk di negara ini.

Malah, beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang bagi menjaga hak serta kebebasan rakyat Malaysia untuk hidup aman dan damai tanpa dihasut oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersirat.

“Janganlah terlalu angkuh menggunakan kebebasan bersuara, kerana kita semua maklum bahawa setiap kebebasan itu ada batasannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Eric menerusi laman sosial Twitter-nya mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Ekoran kenyataan tersebut, PDRM telah menahan Eric di pejabatnya, di Brickfields kira-kira pukul 9.45 malam tadi dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Dalam pada itu, Khalid turut menyeru orang ramai agar tidak mengambil mudah keamanan yang dikecapi selama ini.

“Jangan lakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan kerana tindakan itu berupaya membawa implikasi keselamatan yang amat serius.

“Jangan melakukan sesuatu dengan niat jahat serta jangan sesekali bersekongkol untuk membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan, atas nama kebebasan kerana tindakan itu boleh merosakkan dan menghancurkan fabrik masyarakat majmuk negara ini,” tegasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penahanan-eric-ikut-8232-undang-undang-1.47804#sthash.N9PHeq8m.dpuf

No comments: