Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 16 January 2015

700,000 peminjam PTPTN belum tukar skim Ujrah

16 Januari 2015 1:32 AM

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 700,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum menukar pinjaman pendidikan masing-masing kepada pembiayaan syariah yang berkonsepkan Ujrah.

SHAMSUL ANUAR NASARAH

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sejak pihaknya menawarkan promosi Jom Tukar Ujrah yang bermula 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu, hanya 50,000 peminjam telah berbuat demikian.

Katanya, bilangan itu agak kecil berbanding jumlah keseluruhan peminjam PTPTN iaitu seramai 2.1 juta.

“Oleh itu, kami telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh promosi Jom Tukar Ujrah sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan peminjam membayar semula pinjaman masing-masing tanpa dikenakan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus.

“Lanjutan promosi ini juga sebagai tanda komitmen kami terhadap peminjam yang menjadi mangsa bencana banjir di beberapa negeri, hujung tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Misi Bantuan Pasca Banjir PTPTN di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan dan Ketua Pegawai Operasi, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Bagi menjayakan misi tersebut, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membeli barangan keperluan seperti uniform dan peralatan sekolah dan makanan untuk kumpulan sasaran membabitkan lebih 28,000 murid sekolah di Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga bersetuju melanjutkan tempoh promosi tersebut apabila mengambil kira jumlah purata peminjam yang menukar kepada pembiayaan pendidikan Ujrah meningkat daripada 1,500 orang sebulan pada Januari hingga September kepada 16,000 orang sebulan bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu.

Beliau berharap tempoh lanjutan selama tiga bulan itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh semua peminjam kerana kaedah itu dapat mengurangkan beban mereka apabila hanya dikenakan caj satu peratus setahun atas kadar rata.

“Selain lanjutan tempoh itu, PTPTN juga menawarkan pengecualian caj bagi penggantian dokumen tawaran pinjaman dan pembiayaan yang musnah akibat banjir di semua negeri yang terjejas.

“Sebelum ini, penggantian dokumen atau kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang hilang akan dikenakan caj perkhidmatan namun untuk mangsa banjir, PTPTN memberi pengecualian pembayaran bagi segala urusan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/700-000-peminjam-ptptn-belum-tukar-skim-ujrah-1.48414#sthash.ymyg8z7h.dpuf

No comments: