Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 16 January 2015

F1 : Khabar gembira dari London

Razlan positif perlumbaan F1 akan kekal di Malaysia

AIZAWATI AHMAD | 16 Januari 2015 1:12 AM


PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton (tengah) menjulang trofi Grand Prix Formula Satu Malaysia 2014 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Litar Antarabangsa Sepang, Mac tahun lalu. Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg (kiri) menduduki tangga kedua, diikuti Sebastian Vettel dari Red Bull ketiga.

KUALA LUMPUR - “SAYA boleh katakan run­dingan kali ini adalah yang paling berjaya pernah diadakan antara SIC (Litar Antarabangsa Sepang) dan FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa”.

Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali sebaik saja pulang dari London semalam selepas mengadakan pertemuan dengan supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone untuk membincangkan mengenai masa depan F1 di Malaysia.

Menurut Razlan, apa yang boleh dikatakan, perkemba­ngan sangat positif, namun ia belum dimuktamadkan kerana penyambungan kontrak turut bergantung kepada maklum balas yang bakal diberikan Kementerian Kewangan.

“Saya terkejut dengan keterbukaan FIA untuk mendengar pandangan kita tentang penganjuran FI di Malaysia.

“Malah, dalam dua perkara utama yang kita bincangkan iaitu tentang Grand Prix 2015 dan pe­nyambungan kontrak, FIA memberi maklum balas yang positif,” katanya semalam.

Razlan diminta mengulas me­ngenai laporan Utusan Malaysia semalam bahawa Malaysia berdepan ancaman hilang hak penganjuran dan Grand Prix (GP) 2015 dari 27-29 Mac ini mungkin menjadi perlumbaan terakhir di SIC.

Bercakap tentang wujudnya persaingan yang menyebabkan perlumbaan F1 Malaysia terancam, Razlan tidak menolak kenyataan itu.

Namun begitu, beliau menganggap, ia perkara biasa, biar­pun ancaman datang dari dalam negara sendiri.

Razlan mengakui, untuk me­nganjurkan perlumbaan F1 bukan mudah, apatah lagi ia melibatkan kos yang tinggi, justeru beliau lebih berminat memberi tumpuan kepada perkara yang penting.

“Untuk menganjurkan F1 adalah satu cabaran besar buat SIC lebih-lebih lagi jika soal kewa­ngan dilibatkan kerana sukar untuk kita berjimat-cermat sebenarnya.

“Setelah 17 tahun menjadi tuan rumah, kami rasa perlumbaan di litar adalah idea paling baik berban­ding jalan raya dan SIC memerlukan soko­ngan Kementerian Kewangan bagi meneruskan kesinambungan F1 di Malaysia,” jelasnya.

Menurut Razlan, selepas me­ngadakan pertemuan dengan FIA, beliau sendiri akan membentangkan laporan kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Saya yakin kita akan mendapat sokongan 110 peratus.

“InsyaAllah, jika semua berjalan lancar kita akan membuat pengumuman (penyambungan kontrak) sama ada pada awal Februari atau ketika pelancaran F1. Paling lewat pun semasa GP Malaysia,” ujarnya.

Kebiasaannya, FIA akan menghadiahkan hak penganjuran untuk tiga atau dua perlumbaan bagi setiap kontrak baharu yang ditandatangani.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/khabar-gembira-dari-london-1.48379#sthash.STwKMkU5.dpuf


No comments: