Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 16 January 2015

Empat lokasi ‘syurga seks’

Jadi tumpuan lelaki ‘hidung belang’ dapatkan belaian pelacur asing

FAZRINA AYU RADUIAN | 16 Januari 2015 1:32 AM


ANTARA rumah urut (bertanda X) yang menawarkan khidmat seks di Sungai Buloh, Selangor.

SHAH ALAM 15 Jan. - Serdang, Puchong, Seri Kembangan dan Petaling Jaya dikenal pasti sebagai ‘syurga seks’ buat lelaki hidung belang yang mahu mendapatkan belaian manja pelacur warga asing.

Senario tersebut menyebabkan pelacur warga asing membanjiri kawasan-kawasan berkenaan untuk mencari ‘rezeki’.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Superintendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata, bagi mengekang peningkatan aktiviti pelacuran di negeri ini, pihaknya kini giat me­ngadakan serbuan pada setiap hari ke beberapa premis yang terlibat.

“Pemeriksaan yang dibuat melalui Op Noda Khas yang bermula 18 November lalu itu bermatlamat menjadikan Selangor bebas daripada aktiviti pelacuran.

“Hasil serbuan dan tangkapan mendapati kebanyakan pekerja seks warga asing banyak beroperasi di kawasan komersial,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini akan diperiksa dan dipantau bagi menghalang aktiviti pelacuran berleluasa.

Pendekatan agresif itu membabitkan premis yang berpotensi se­perti pusat karaoke, pub, salun rambut, hotel, spa, pusat refleksologi dan rumah urut.

Menurut Abdul Ghaffor, serbuan dan pemeriksaan yang berterusan itu menunjukkan komitmen polis untuk menangani aktiviti maksiat dan pelacuran daripada berleluasa terutama melibatkan pekerja seks warganegara asing.

Jelasnya, jumlah tangkapan juga berbeza dan kini semakin mengecil kerana dalang yang terlibat sema­kin berhati-hati.

“Kita juga menjalankan kerja-kerja risikan bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti haram tersebut dan berjaya menangkap sejumlah besar melalui Op Noda Khas,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/empat-lokasi-8216-syurga-seks-8217-1.48415#sthash.W6qrqdD4.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

Pas di sgor adalah parti role model bagi org islam dan melayu yg membawa sgor ke sgor darul maksiat dan akan membuat experimen hudud di negeri ini.Allahuakbar..