Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 14 January 2015

Cubaan campuri hal agama lain

14 Januari 2015 1:24 AM

IPOH 13 Jan. – Tuduhan yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen terhadap khutbah Jumaat menerusi akaun Twitter miliknya disifatkan seolah-olah cuba campur tangan dalam hal ehwal agama penganut lain yang tidak sepatutnya berlaku.

Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Eric sewajarnya tidak `melibatkan' dirinya dalam perkara-perkara seperti itu, memandangkan khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat.

Katanya, dalam khutbah Jumaat juga dirukunkan supaya memberi nasihat kepada orang ramai.

“Mana bukti dan fakta yang katakan khutbah Jumaat kita menggunakan (elemen) ekstremisme, sedangkan teks khutbah ini disiarkan setiap minggu di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kalau Jakim yang beliau maksudkan.

“Di setiap negeri juga, teks khutbah disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing dan semuanya cukup tersedia serta bertujuan memberi pesanan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kehidupan sebagai seorang muslim,” katanya.

Beliau berkata de­­­mikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM300,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada kerajaan negeri di pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kontroversi membabitkan perlakuan segelintir peminat remaja perempuan beragama Islam yang bertudung ketika penganjuran konsert kumpulan K-Pop, B1A4 di ibu negara baru-baru ini, Jamil Khir menegaskan bahawa kerajaan menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membuat siasatan.

Jamil Khir pada masa sama meminta supaya semua pihak tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum kepada mereka yang terbabit dan sabar menanti tindakan daripada pihak bertanggungjawab iaitu Jawi.

“Kita kena faham sensitiviti agama itu satu perkara yang penting, apatah lagi dalam konteks pelaksanaan agama Islam di negara ini. Tatasusila, kesopanan, termasuklah budaya amat berhubung kait dengan hukum agama, masyarakat amat sensitif dengan hal seperti ini,” jelas beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cubaan-campuri-hal-agama-lain-1.47806#sthash.EiOGzzoa.dpuf

No comments: