Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 12 December 2014

Telefon 
pintar Liquid

Acer tampil tiga model baharu 
penuhi untuk kekal bersaing

OLEH NOOR DIANA AZIS DIANA.AZIS@UTUSAN.COM.MY | 08 Disember 2014 2:14 PM


Ketua Mobile Notebook and Smart Handheld, Johnson Seet (kiri), Pengurus Pemasaran Acer, Miss Angelyn Cheong dan Pengurus Produk Mobile Notebook and Smart Handheld, Jeffrey Lai (kanan) memegang telefon pintar terbaru Acer ketika pelancaran di Absolute Thai Hot Pot, Bangsar Village 1, Bangsar, di sini hari ini

KEMBALI menghangatkan pasaran dengan peranti khusus untuk padanan aktiviti harian pengguna, Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan rangkaian telefon bimbit pintar terbaharu dari keluarga Liquid yang dilihat mampu memenuhi keperluan dan keinginan pengguna masa kini.

Dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan yang memfokuskan kepada produktiviti harian, ketiga-tiga model terbaharu iaitu Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 mempunyai kelebihan mengikut kelas tersendiri.

Seperti Liquid X1, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci yang dilengkapi dengan cip pemproses lapan teras 1.7 giga herz (GHz) serta storan memori sebanyak 2 gigabait (GB) RAM.

Turut dilengkapi kamera belakang berkapasiti 13 megapiksel (MP) serta kamera hadapan yang menyokong rakaman luas 2 MP, telefon bimbit pintar ini hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Kelebihan mengenai Liquid X1 ini, ia turut diperhebatkan dengan teknologi Acer Rapid Key yang membolehkan pengguna mengakses beberapa antaramuka melalui butang pada bahagian belakang seperti mengakses aplikasi kegemaran, menjawab panggilan serta berkebolehan untuk merakam gambar selfie.

Tambah mengujakan, beberapa fungsi popular Acer seperti Float Apps, sokongan Build Your Own Cloud (BYOC) dan kebolehan mengintegrasi peranti terus ke komputer iaitu Acer Extend turut dipadankan bersama Liquid X1 yang berfungsi bagi memudahkan pengguna mengakses peranti di komputer dengan menggunakan USB.

Bagi Liquid Jade pula, telefon bimbit pintar ini merupakan peranti bersaiz 5 inci dengan kapasiti kamera belakang sebanyak 13 MP. Turut diperhebat dengan memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16 GB serta cip pemprosesan 1.3 Ghz, Acer melengkapkan peranti ini dengan sokongan nano sim yang hanya menawarkan sokongan rangkaian 3G sahaja.

Fungsi popular lain yang turut ditawarkan pada peranti ini adalah Acer Float, Quick Mode, Float Caller dan Live Screen yang dilihat mampu memberi kepuasan kepada pengguna.

Mula diperkenalkan di Berlin, Jerman semasa IFA 2014 lalu, Liquid Z500 pula diperhebat dengan pembesar suara HD yang turut memberikan kuasa bunyi DTS Studio sesuai untuk hiburan.

Berukuran 5 inci dengan paparan definisi tinggi IPS (HD), peranti ini memiliki fizikal lebih nipis dan selesa untuk dipegang.

Ketiga-tiga model tersebut kini telah berada di pasaran dengan harga bagi Liquid X1 ialah RM999, Liquid Jade berharga RM799 dan Liquid Z500 hanya RM499 dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian ini, boleh layari laman web www.acer.com.my atau hubungi infoline produk di talian 1800-88-1288.

spesifikasi Liquid X1

Pemproses: Octa-core 1.7 GHz Cortex-A7.

Sistem operasi: Android 4.4.2 KitKat.

Dimensi: 153.3 x 80.4 x 8.5 milimeter.

Berat: 164 gram.

Saiz paparan: 5.7 inci.

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 3.

Memori kad: microSD, sehingga 32 GB.

Storan: 16 GB, RAM 2 GB.

Kamera: 13 MP (belakang), 2MP (depan).

Bateri: 2,700 mAh.

Harga: RM999.


Spesifikas Liquid Jade

Pemproses: Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7.

Sistem operasi: Android 4.4.2 KitKat.

Dimensi: 140.5 x 69 x 7.5 milimeter.

Berat: 110 gram.

Saiz paparan: 5 inci.

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 3.

Memori kad: microSD, sehingga 32 GB.

Storan: 8 GB, RAM 1 GB.

Kamera: 13 MP (belakang), 2MP (depan).

Bateri: 2,100 mAh.

Harga: RM799.


Spesifikasi Liquid Z500

Pemproses: Quad-core 1.3 GHz.

Sistem operasi: Android 4.4.2 KitKat.

Dimensi: 145 x 73 x 8.8 milimeter.

Berat: 150 gram.

Saiz paparan: 5 inci.

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 3.

Memori kad: microSD, sehingga 32 GB.

Storan: 4 GB, RAM 1 GB.

Kamera: 8 MP (belakang), 2MP (depan).

Bateri: 2,000 mAh.

Harga: RM499.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/telefon-8232-pintar-liquid-1.33986#sthash.WpNL2EmZ.dpuf


No comments: