Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 December 2014

POLITIK BANGANG : Kerajaan sukar turunkan harga diesel

Subsidi ditanggung kerajaan terlalu tinggi

ASLIZA MUSA | 02 Disember 2014 2:38 AM


HASAN Malek bersama Tim Ashdown (kanan) melihat barangan dijual di Giant Hypermarket Kampar, Perak yang dirasmikan semalam. – UTUSAN/HANAFI KHAMIS

KAMPAR 1 Dis. - Kerajaan sukar menurunkan harga diesel berbanding petrol RON97 dan RON95 kerana subsidi yang ditanggung kerajaan bagi bahan api tersebut sebelum ini terlalu tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kenaikan sebanyak tiga sen melibatkan bahan api itu yang bermula hari ini terpaksa dilakukan walaupun menggunakan kaedah pengapungan terkawal.

“Oleh sebab itu, apabila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh menurunkan harga kerana subsidi sebelum ini yang diberikan kepada diesel terlalu tinggi.

“Berdasarkan kepada kaedah pengapungan harga ini, kita tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga tiga sen seliter untuk minyak diesel. Kenaikan tiga sen ini adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah subsidi yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pasar raya Giant Kampar milik GCH Retail Malaysia Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Tim Ashdown.

Giant Kampar yang merupakan pasar raya Giant keenam di negeri ini bukan sahaja mewujudkan sebanyak 300 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, malah turut menyediakan 14 kedai untuk usahawan tempatan dan 18 unit lagi untuk ruang promosi, gerai dan warung makanan.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, pengguna tidak perlu bimbang dengan kenaikan bahan api itu kerana kerajaan akan melakukan pemantauan melalui kaedah pengapungan terkawal.

Katanya, ini bermakna pemantauan selama sebulan pada bulan ini akan menentukan harga kesemua bahan api untuk bulan Januari yang akan diumumkan pada setiap awal bulan.

“Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baharu berdasarkan maklum balas daripada peringkat akar umbi, rakyat dan pengguna. Selepas meneliti semua aspek dan harga pasaran, baru kita tetapkan harga,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan pengedar minyak yang mengalami kerugian berikutan penurunan harga minyak, beliau berkata, penurunannya adalah bersesuaian dengan kehendak semasa dan tidak membebankan mereka.

“Setakat hari ini saya cukup gembira dengan sokongan yang diterima daripada pengusaha. Kita sentiasa berhubung dan saya fikir tidak timbul sebarang masalah,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-sukar-turunkan-harga-diesel-1.31701#sthash.Elva4vTl.dpuf

KOMEN : ASYIK DUK KAWAL HARGA MINYAK AJE... HARGA BARANG2 NAIK TAK TURUN2 TAK NAK KAWAL KE?

No comments: