Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 15 December 2014

POLITIK : KM cabar kedaulatan Undang-Undang Tubuh PP

RODELIO JUNJUN TAUCAN | 15 Disember 2014 1:35 AM

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Tindakan Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu dengan jelas telah mencabar undang-undang yang diwartakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada 1 April 2010 selain seolah-olah cuba mengambil alih kuasa badan agama itu.

Ikbal Salam

Peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Roman Katolik, Ikbal Salam berkata, Guan Eng turut mencabar kedaulatan Undang-Undang Tubuh Negeri Pulau Pinang yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi negeri itu serta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hendaklah ditubuhkan dalam menguruskan agama Islam.

Tegas beliau, perenggan lima dalam fatwa itu telah menyatakan mana-mana orang bukan Islam yang menerbit dan menggunakan beberapa kalimah termasuk kalimah Allah adalah dikategorikan sebagai menghina kesucian Islam, dilarang dan menjadi satu kesalahan.

“Undang-Undang Tubuh Negeri Pulau Pinang secara jelas menyatakan institusi mufti negeri adalah pemegang amanah terhadap kesucian Islam sebagai agama negeri yang bertanggungjawab menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada 7 Januari 2010 bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 2008 yang memutuskan bahawa kalimah Allah hendaklah digunakan secara eks­klusif untuk umat Islam negeri itu.

“Ironinya, seorang Ketua Menteri dalam negeri yang mewartakan fatwa tersebut (orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah) telah dengan terang dan nyata mencabar suatu undang-undang yang diwartakan oleh prosedur negerinya sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng sebelum ini yang memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri tersebut menggunakan kalimah Allah.

Menurut Guan Eng, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam enakmen itu tidak terpakai kepada orang bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Mengulas lanjut, Ikbal berkata, sebarang perlanggaran terhadap fatwa perlu dihentikan kerana menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, malah hak eksklusif kalimah Allah kepada orang Islam telah diperakui oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Jelasnya, jika penggunaan kalimah suci itu digunakan oleh bukan Islam, impaknya terlalu besar sehinggakan kuasa Raja-Raja Melayu dalam soal agama akan hilang selain enakmen-enakmen berkaitan pengawalan agama Islam yang telah diwartakan boleh dianggap terbatal atau tidak lagi berkuat kuasa.

“Gerakan oleh pelbagai pihak yang membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak terhenti di situ. Menyedari bahawa institusi raja dan mahkamah syariah boleh menghalang penghakisan hak-hak eksklusif umat Islam, tuntutan penggunaan kalimah Allah dituruti pula dengan tuntutan agar mahkamah sivil diberikan kuasa mutlak membicarakan soal-soal berkaitan keluar masuk agama Islam.

“Keputusan mana-mana pihak selain Yang di-Pertuan Agong dan sultan bagi memberi izin kepada kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di negara ini akan membawa implikasi bahawa pihak tersebut telah membuat keputusan ultra vires yang melangkaui bidang kuasa mereka,” tambahnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/km-cabar-kedaulatan-undang-undang-tubuh-pp-1.36586#sthash.FO1UWrO0.dpuf


No comments: