Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 December 2014

Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Anwar

KHAMIS, 4 DISEMBER 2014 @ 10:57 AM


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 3 November lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media, berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu diputuskan baginda Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

Katanya, darjah kebesaran yang diberikan pada 1992 itu ditarik balik oleh Istana Selangor berikutan tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam yang Sultan mempunyai kuasa eksekutif serta sebagai Ketua Agama.


KENYATAAN akhbar pembatalan darjah kebesaran.


No comments: