Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 December 2014

POLITIK BANGANG : Jabatan Imigresen catat indeks rasuah tertinggi

Terutama melibatkan kemasukan pendatang asing tanpa izin

OLEH HAKIMI ISMAIL | 02 Disember 2014 2:27 AM


Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku Pas Sempadan Jabatan Imigresen Malaysia sempena Sambutan Hari Imigresen 2014 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Mustafa Ibrahim (kiri). – UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 1 Dis. - Jabatan Imigresen menca-tatkan indeks rasuah tertinggi dalam kalangan agensi pengu-atkuasaan di negara ini mengikut laporan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan tersebut sekali gus mero-sakkan imej dan menimbulkan per-sepsi negatif masyarakat terhadap jabatan itu walaupun terdapat 10 agensi lain yang turut dipantau oleh SPRM.

Laporan itu katanya, dibuat berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sehubungan itu saya menggesa Jabatan Imigresen membersihkan imej mereka termasuk mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana kakitangan yang terlibat menerima rasuah.

“Saya juga mahu Jabatan Imig-resen melakukan pemantauan de-ngan lebih efisien untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menjadi dalang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2014, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini kementeriannya pernah mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap ejen yang membawa PATI kerana hukuman denda tidak berkesan bagi mengatasi masalah kebanjiran golongan itu di negara ini.

“Sekarang saya juga ingin mencadangkan agar hukuman sebat turut dikenakan kepada mana-mana kakitangan Jabatan Imigresen yang didapati bersalah menerima rasuah, hal ini kerana hukuman sebat mandatori terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai penguatkuasaan Jabatan Imigresen dalam menggempur PATI, Zahid berkata, jabatan itu akan terus melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan operasi tersebut tidak hanya tertumpu di Cameron Highlands.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi kawasan panas dalam usaha menggempur PATI, ingin saya tegaskan bahawa kita bukan menggempur PATI sahaja tetapi akan melihat pelbagai kesalahan lain yang dilakukan oleh warga asing.

“Sebelum pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) nisbah PATI ialah 10 sah dan 30 tidak sah, sekarang nisbahnya telah berubah iaitu 30 sah dan 10 tidak sah, ini membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, seba-nyak 162 negara telah mengiktiraf kemasukan melalui pasport Malaysia tanpa memerlukan visa dan ketika ini kementerian sedang me-lakukan rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan sama.

“Malaysia telah dipertimbangkan untuk menyertai Program Pengecualian Visa (VWP) AS yang akan membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke negara itu tanpa visa selama 90 hari atau kurang.

“Perlu diingat, pengiktirafan ini telah menyebabkan pasport kita telah menjadi pilihan utama penjenayah, oleh itu segala persediaan perlu berada pada tahap tertinggi bagi memastikan pasport kita tidak mudah dieksploitasi mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Ahmad Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi menggantikan pas sempadan yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi setahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.

Sebelum ini, bagi tujuan keluar masuk sempadan Malaysia dan Thailand, pas sempadan yang digunapakai adalah dokumen cetakan biasa bersaiz A4 dengan bayaran RM10 dan tempoh sah selama setahun.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jabatan-imigresen-catat-indeks-rasuah-tertinggi-1.31690#sthash.xcYk912d.dpuf


No comments: