Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 December 2014

GAJET : Edisi khas untuk peminat The Gunners

Huawei tawar Ascend P7 dengan ikon bola sepak

OLEH NOOR DIANA AZIS DIANA.AZIS@UTUSAN.COM.MY | 24 November 2014 1:50 PM


Ascend P7 Arsenal +TalkBand

ANDA peminat kelab Arsenal dari Liga Perdana Inggeris? Mungkin telefon bimbit pintar Huawei Ascend P7 bakal menarik minat anda.

Pada awal tahun ini, Huawei telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Arsenal dengan memperkenalkan peranti khusus buat peminat kelab dari London itu menerusi edisi khas Ascend P7 yang hadir dengan bungkusan kotak rekaan logo Arsenal.

Disamping itu, telefon bimbit pintar edisi khas ini turut disertakan dengan beberapa kandungan khusus pada peranti berkenaan antaranya ikon, gambar latar serta beberapa aplikasi fokuskan kepada bola sepak.

Masih mengekalkan spesifikasi asal Ascend P7 iaitu dilengkapi cip pemproses lapan teras 1.8 giga herz (GHz) serta memori RAM sebanyak 2 giga bait (GB).

Saiz paparan skrinnya masih sama iaitu bersaiz 5 inci dengan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel (MP) dan kamera hadapan 8 MP.

Menariknya Ascend P7 edisi Arsenal kali ini, pengguna boleh menyimpan storan sehingga 64 GB yang mampu memuatkan sehingga 20 ribu keping gambar selfie menggunakan kamera hadapannya selain diperhebat dengan fungsi audio serta penanda hak cipta pada imej.

Sudah mula berada di pasaran pada harga RM1, 799, Ascend P7 edisi Arsernal didatangkan bersama TalkBand B1 berharga RM499. TalkBand B1 merupakan gelang tangan Huawei pertama yang diperhebatkan dengan sambungan panggilan tanpa wayar serta merekod aktiviti harian seperti kiraan langkah perjalanan, jumlah kalori yang dibakar serta jarak perjalanan.

Spesifikasi Ascend P7

Pemproses: Android 4.4.2 KitKat.

Sistem operasi: Quad-core 1.8 GHz Cortex-A9.

Dimensi: 139.8 x 68.8 x 6.5 milimeter.

Berat: 124 gram.

Saiz: 5 inci.

Perlindungan: Corning Gorilla Glass 3.

Memori: microSD sehingga 64 GB.

Storan: 16 GB, 2 GB RAM.

Kamera: 13 MP (belakang), 8 MP (belakang).

Bateri: 2,500 mAh.

Harga: RM1,799.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/edisi-khas-untuk-peminat-the-gunners-1.28621#sthash.VQSG2mHq.dpuf




No comments: