Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 11 August 2011

Wajib berjihad pertahankan Islam


DARI UTUSAN MALAYSIA 11.8.2011



KUALA LUMPUR 10 Ogos - Umat Islam wajib berjihad dengan menerangkan tentang kesucian agama tersebut selain mengembang dan mempertahankannya daripada dicemari dan dijadikan bahan provokasi oleh mana-mana pihak termasuk mereka yang cuba memurtadkan penganut agama itu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kewajipan itu tidak boleh dipandang remeh kerana umat Islam boleh dianggap kufur sekiranya mereka reda dengan tindakan pihak bukan Islam mencemari agama suci itu.

Menurutnya, jihad tersebut merupakan fardu ain ke atas umat Islam dan mati kerana berjuang mempertahankan Islam adalah mati syahid.

Kata beliau lagi, kerajaan juga wajib mempertahankan Islam kerana telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

"Walaupun agama lain dibenar diamalkan di negara ini namun ia tidak wajib dipertahankan oleh kerajaan.

"Malah, sekiranya berlaku pertikaian antara agama, Islam mesti didahulukan kerana ia telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

"Justeru, saya menyokong penuh kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid kerana ia merupakan jihad yang perlu dilakukan setiap umat Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd. Tamyes yang menyeru umat Islam di negara ini bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan sebagaimana yang disiarkan dalam laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Harussani dalam pada itu berkata, pihak gereja Methodist dan sesiapa yang dikaitkan dengan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan cuba menyebarkan agama lain ke atas penganut Islam perlu didakwa di mahkamah sekiranya laporan itu terbukti benar.

Katanya, pihak itu seharusnya menerima apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan yang wujud sejak kemerdekaan lagi.

"Sekiranya mereka tidak boleh terima Perlembagaan Negara, maka mereka boleh keluar daripada Malaysia,'' katanya.

Sementara itu, Harussani berkata, pemeriksaan JAIS ke atas gereja Methodist di Petaling Jaya itu membuktikan dakwaan beliau sebelum ini yang mendedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian adalah benar.

"Cubaan pihak ini untuk memurtadkan umat Islam telah lama berlaku namun ia tidak dipedulikan termasuk parti politik yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam.

"Dakwaan saya selama ini telah dibuktikan namun hanya segelintir pihak sahaja yang mahu membangkitkan isu ini,'' katanya.

KOMEN : SELEPAS INI APA PULAK GELARAN YANG AKAN DIBERIKAN OLEH ULAMA PAS TERHADAP MUFTI PERAK NI....? JANGAN MAIN-MAIN, BOLEH JADI KUFUR SEBAB MERELAKAN ORANG BUKAN ISLAM MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM... BERASAP KEPALA ULAMA PAS NAK MENANGKIS HUJAHAN 2 ORANG MUFTI... NIK AZIZ MANA? DAH KETANDUSAN FATWA KE?... SUDAH-SUDAHLAH TU... BIAR UNDANG-UNDANG MENENTUKAN SIAPA YANG BERSALAH...?

No comments: