Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 15 August 2011

Perkasa ambil alih tugas Pas


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my




Ibrahim Ali (kanan) menegaskan pendirian Perkasa pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, timbalannya, Abdul Rahman Bakar.


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Antara bukti Pas memperjudikan agama demi ‘membeli’ undi adalah tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan kuliah agama di masjid.

Pada masa sama, beliau berkata, Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang juga gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.


Tarik balik larangan baca al-Quran sebelum subuh

PASIR MAS 14 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta larangan penggunaan alat pembesar suara untuk membaca al-Quran di masjid dan surau pada waktu subuh di Pulau Pinang ditarik balik kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, larangan itu tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu mencabar serta menghina kredibiliti atau moral umat Islam negara ini yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu.

"Saya tidak pernah melihat sepanjang sejarah negara, amalan orang Islam sejak ratusan tahun lalu dinafikan dengan amat mudah sekali melainkan di zaman politik rakus yang begitu gilakan kuasa pada hari ini.

"Ini satu penghinaan terhadap umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama (Islam) negara. Perkasa kesal dan mengutuk tindakan itu dan berharap ia ditarik balik bagi mengelak sensitiviti merebak dengan lebih parah," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Ibrahim mengulas laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Susulan itu, banyak pihak musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin JHEAIPP yang mengeluarkan arahan sedemikian, sebaliknya ada tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut mempersoalkan larangan itu sama ada ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atau sebaliknya.

Tambahnya, Perkasa memandang serius isu itu dan kegagalan pihak terbabit menarik balik larangan tersebut boleh menyebabkan timbul suasana kurang selesa dan tidak mustahil akan mencetuskan perasaan dendam yang akhirnya boleh membawa kepada ketegangan kaum.

Ibrahim menegaskan, amalan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara bukan hanya dilakukan di Pulau Pinang, malah di seluruh Malaysia dan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

Beliau sehubungan itu menyeru umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam memantapkan kesucian Islam sebelum keadaan menjadi lebih parah.

KOMEN : JANGAN DIHARAP PAS AKAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM... MUAK DAH DENGAN FATWA SONGSANG PAS... NIK AZIZ AKAN BERFATWA BILA TERASA IANYA AKAN MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA POLITIK PAS...DAN MEMENANGKAN SEKUTU SYAITAN LAKNATULLAH... PAKATAN PEMBANGKANG..

No comments: