Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 August 2011

MANA LEBIH UTAMA AIR KE STADIUM?

‘Jangan sibuk nak buat stadium’
Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my




KOTA BHARU 3 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan didesak menyelesaikan isu air yang telah menjadi masalah utama rakyat negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu sebelum berhasrat membina stadium baru.

Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) Kelantan, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, dalam situasi sekarang, pembinaan stadium baru bernilai ratusan juta dianggap satu pembaziran apabila kemudahan paling asas bagi rakyat gagal diatasi.

“Rakyat bayar bil air. Jadi kerajaan seharusnya mengutamakan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Tidak ada guna mempunyai stadium atau kompleks sukan bertaraf dunia sekalipun jika masalah ini terus dibiar tanpa penyelesaian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Isu air yang menjadi masalah utama rakyat negeri ini telah berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Pusat telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan dan sehingga sekarang terus menjadi rungutan banyak pihak.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman memberitahu, rakyat negeri ini, terutama penduduk luar bandar perlu menunggu sehingga 2027 untuk menikmati bekalan air bersih.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei lalu mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah kompleks sukan bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh membabitkan kawasan seluas 50.4 hektar melibatkan pembinaan stadium bola sepak berkapasiti 40,000 tempat duduk dan beberapa prasarana sukan lain seperti kolam renang.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, imej kerajaan berkebajikan dapat dimanifestasikan melalui kebijaksanaan kerajaan Pas Kelantan dalam menangani isu rakyat dengan menjadikannya sebagai agenda utama.

Beliau berkata, dengan bajet terhad kerajaan negeri sepatutnya memilih keputusan yang terbaik untuk rakyat.

“Kalau orang kata banyak berpolitik marah. Tapi tindakan atau kenyataannya jelas banyak ke arah itu (politik). Antara stadium baru dan isu air, kerajaan mesti seimbangkan keperluan ini.

“Dengan kata lain, stadium yang ada itu dibaik pulih saja dan kos yang hendak bina stadium baru itu boleh digunakan untuk selesai masalah air. Saya kira ia lebih ekonomi untuk dua keperluan ini,” katanya.

KOMEN : KERAJAAN PAS KELANTAN DAH TAK TAHU YANG MANA SATU KEPERLUAN DAN YANG MANA SATU PEMBAZIRAN...? SEJAK BERJUANG UNTUK NEGARA BERKEBAJIKAN KELUHAN RAKYAT LANGSUNG TIDAK MEREKA AMBIL PEDULI... 16 TAHUN NAK TUNGGU BEKALAN AIR BERSIH APA CERITA? DAH PERINTAH LEBIH 20 TAHUN MASALAH AIR TERUS BERLANJUTAN....

No comments: