Persatuan kecam kahwin sejenis
Oleh OOI CHOON JOO
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Beberapa persatuan agama hari ini mengecam dan menolak sekeras-kerasnya perkahwinan sesama sejenis di negara ini kerana ia telah membelakangkan ajaran agama yang tidak membenarkan perkahwinan secara homoseksual.
Jurucakap Persatuan Buddha Wakaf Bharu berkata, agama Buddha menolak perkahwinan secara homoseksual kerana ia bukan amalan hidup masyarakat di negara ini dan jauh terpesong daripada ajaran agama.
“Perkahwinan sebegini adalah tidak sesuai kerana melanggar norma hidup dan budaya masyarakat negara ini, bahkan membelakangkan ajaran agama,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan seorang paderi Kristian, Pastor Ou Yang Wen Feng yang akan melangsungkan perkahwinan dengan ‘kekasihnya’ seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan.
Menurutnya, ada sesuatu di sebalik perkahwinan itu dan bukan Wen Feng tidak tahu yang agama melarang perkahwinan sesama sejenis.
Dalam pada itu, presiden sebuah persatuan agama Hindu, P. Subramaniam berkata, perkahwinan sesama sejenis sememangnya diharamkan oleh agama Hindu yang dilihat tidak mematuhi ajaran agama.
“Sebagai seorang pemimpin agama Kristian, dia seharusnya menunjukkan amalan yang baik berlandaskan ajaran mereka dan bukannya melakukan sesuatu tindakan yang membelakangkan agama.
“Kita khuatir tindakannya itu akan memberikan tanggapan yang salah kepada masyarakat khususnya pengikut Kristian terhadap penerimaan perkahwinan sejenis oleh agama,” katanya.
Sementara itu, Konsultan Persatuan Pemuda Buddha Malaysia, Datuk Ang Choo Hong berkata, mereka perlu bertanggungjawab terhadap tindakan itu dan menerima kesan akibat daripada perkahwinan tersebut.
“Mereka boleh buat apa sahaja mengikut naluri hidup tetapi mereka

Paderi kahwin sejenis bukti fahaman liberal semakin menular
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Cadangan seorang paderi warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan kaum sejenisnya menunjukkan fahaman liberal dan pluralisme di negara ini semakin menular.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengecam cadangan tersebut berkata, hasil percambahan fahaman seumpama itu membimbangkan kerana ia akan memesongkan pegangan akidah seseorang individu.
"Isu kahwin sesama jenis ini menunjukkan sikap keterbukaan melampau segelintir individu yang tidak sensitif dengan undang-undang sivil di negara ini.
"Saya melihat cubaan mengembangkan fahaman liberal dan pluralisme ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang dengan sedaya upaya cuba untuk mencabar undang-undang negara," katanya pada sidang akhbar Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada pesakit-pesakit hospital oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) di sini hari ini.
Tambah beliau, hasil penularan fahaman tersebut yang 'dibuat' atas dasar kebebasan hak asasi, merupakan kebebasan yang melampau dan ia sememangnya tidak diterima di negara ini.
"Majlis Fatwa Kebangsaan telah bermuzakarah dan menegaskan bahawa pegangan liberalisme dan pluralisme adalah bercanggah dengan agama Islam dan ia sama sekali tidak dibenarkan di negara ini," jelasnya.
Pada majlis itu, Jamil Khir menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.23 juta dalam bentuk wang raya, hamper dan peralatan keperluan untuk Tabung Kebajikan Perubatan kepada empat buah hospital iaitu PPUKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Putrajaya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Mashitah Ibrahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
"Sumbangan ini adalah bagi menyantuni keperluan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan dan yang memerlukan rawatan intensif.
"Oleh itu, MAIWP menyediakan skim yang khusus bagi membantu mereka ini melalui Skim Bantuan Perubatan dalam memperjuangkan kebajikan ummah sebagai satu tanggungjawab utama MAIWP," katanya yang juga merupakan Pengerusi MAIWP.
Beliau menambah, MAIWP juga bersetuju untuk membeli sebuah bangunan di Jalan Ipoh untuk dijadikan pusat sehenti bagi Hospital Selayang dalam usaha memberi rawatan kepada pesakit yang menghidap penyakit berkaitan mata.
"Hospital Selayang tidak mampu menampung sejumlah sejuta pesakit yang kini dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rawatan. Dengan adanya pusat sehenti itu nanti, ia mampu mempercepatkan proses rawatan tersebut," katanya.

KOMEN : ORANG SAKIT AJE YANG AKAN MENYOKONG TABIAT SONGSANG PERKAHWINAN SEJENIS (HOMO). TAPI KENAPA KES LIWAT ANWAR TIDAK JUGA SELESAI...?
No comments:
Post a Comment