Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 12 August 2011

Pertahankan akidah Islam tanpa kompromi


DARI UTUSAN MALAYSIA 12.8.2011




AHLI-ahli PVTM dengan pelbagai sepanduk berkumpulan dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar Selangor di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Umat Islam diminta bangkit mempertahankan akidah mereka tanpa perlu takut kehilangan sebarang jawatan termasuk kepentingan politik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, semua yang mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah SWT perlu mempertahankan akidah mereka tanpa sebarang kompromi.

“Saya meminta agar isu agama ini tidak dipolitikkan. Jangan kerana takut hilang kuasa, pengaruh maka ia dipolitikkan. Kuasa politik hanya sementara sahaja, yang kekal hanya di akhirat kelak.

“Tidak ada pilihan bagi umat Islam dalam mempertahankan akidah mereka kerana ia merupakan kewajipan mutlak,” tegasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyeru umat Islam bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat dan dicemari oleh musuh agama.

Tambah Noh, mempertahankan akidah merupakan maqasid syariah iaitu matlamat syariat Islam yang wajib dipertahankan.

“Saya menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama di samping kenyataan dua mufti tersebut.

“Semua umat Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diminta bangun untuk mempertahankan akidah. Kita bukan hendak mengeruhkan keadaan, cuma ingin menyatakan hasrat, penjelasan dan hak kepada bukan Islam mengenai perkara itu,” jelasnya.

Beliau menegaskan, isu akidah bukan perkara kecil kerana ia melibatkan soal syurga dan neraka serta merupakan salah satu daripada Rukun Iman.

KOMEN : MANA PERGI ULAMA BERKALIBER PAS, SENYAP AJE NO KOMEN... NIK AZIZ , HJ HADI DAN ULAMA PAS YANG SEWAKTU DENGANNYA MANA... KALAU SENYAP TU TANDANYA MENYOKONG... APA HUKUMNYA BERSUBAHAT DAN MENGGALAKAN ORANG ISLAM MURTAD?...

No comments: