Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 11 August 2011

ANWAR TERPERANGKAP LAGI


Nalla, dua lagi bekas pemimpin PKR sedia jadi saksi


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Tiga lagi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia dipanggil menjadi saksi dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu pihak mahkamah mencari kebenaran.

Bagi mereka, Anwar dan peguam belanya tidak perlu takut untuk memanggil mereka memberi keterangan di mahkamah sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berasakan dia tidak bersalah dalam kes tersebut.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, dalam kes itu beliau sepatutnya dipanggil menjadi saksi disebabkan hubungannya yang amat rapat dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini dan bukannya memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

''Perdana Menteri dan isteri tidak mengenali Anwar sebagaimana saya dan rakan-rakannya yang lain. Saya telah mengenali Anwar selama 30 tahun dan saya amat mengetahui tentang dirinya dalam tempoh itu.

''Saya tahu aktivitinya luar dan dalam. Saya tahu apa kegiatannya selepas bermain tenis. Itu yang menyebabkan saya tawarkan diri untuk menjadi saksi. Saya sedia beri keterangan di mahkamah demi kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, lima bekas ahli PKR menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Anwar terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR itu mahu menemu ramah Perdana Menteri dan isteri adalah satu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Bagi membuktikan keakrabannya Nallakaruppan berkata, sehingga kini beliau masih ingat hari ini merupakan tarikh hari jadi Anwar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut menawarkan diri sebagai saksi berkata, tujuannya menyatakan kesediaan itu kerana beliau amat mengenali Mohd. Saiful ketika bertugas secara intim dengan Anwar.

''Dalam kes ini saya berpendapat perlu lebih ramai lagi di kalangan bekas ahli tertinggi PKR dipanggil menjadi saksi kerana kami mengenali Mohd. Saiful dan menjadi saksi 'tugasan' Mohd. Saiful dengan Anwar baik di dalam mahupun di luar negara.

''Tindakan mendesak Perdana Menteri dan isteri tampil sebagai saksi pula adalah merupakan strategi jahat pihak tertentu untuk mencalar imej negara dan pimpinan tertinggi negara,'' ujarnya.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika dihubungi turut menyatakan kesediaannya dipanggil sebagai saksi di dalam kes liwat berkenaan.

Beliau berkata, sebagai individu yang mengenali Anwar adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyatakan kebenaran bagi membolehkan mahkamah mengadili kes itu seadil-adilnya.

''Saya merupakan orang yang turut serta dalam mesyuarat bersama Anwar ketika Anwar mendapat panggilan telefon Mohd. Saiful membuat laporan polis berhubung kes ini.

''Saya juga merupakan pesuruhjaya sumpah yang bertanggungjawab mengendalikan akuan bersumpah yang pertama yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman ketika kes ini mula-mula berlaku,'' ujarnya.

Katanya, berdasarkan itu beliau sedia memberi setiap keterangan yang dikehendaki oleh pihak mahkamah atas nama keadilan dan kebenaran.

KOMEN : RAMAINYA YANG INGIN MENJADI SAKSI DALAM KES LIWAT ANWAR... MEREKA MINTA DIRI MEREKA DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI... ADFAKAH PEGUAM ANWAR BERANI MEMANGGIL MEREKA... SURUH AJE PENDAKWARAYA PANGGIL MEREKA SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH... MAHU PITAM ANWAR DAN LOYAR-LOYARNYA....

No comments: