Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 11 August 2011

Majlis gereja wujud unsur syak


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



Inilah Gereja Methodist di Damansara Utama, Petaling Jaya, yang diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor berdasarkan bukti terdapat unsur untuk memurtadkan orang Islam pada satu majlis kesyukuran anjuran gereja itu, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah gereja di Damansara Utama, dekat sini, pada malam 3 Ogos lalu menimbulkan banyak unsur syak wasangka sehingga mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis.

Selain dihadiri oleh 12 orang Islam, jemputan ke majlis itu juga dibuat secara tertutup walaupun peserta yang akan hadir adalah dalam kalangan orang bukan Islam sendiri.

Apa yang lebih menghairankan, menurut satu sumber kepada Utusan Malaysia hari ini, terdapat tiga peserta Islam yang hadir cuba dibawa keluar secara senyap menerusi pintu belakang.

"Di samping itu, nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar juga dibuat di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di gereja, manakala soalan kuiz Islam turut diberikan kepada peserta yang hadir," kata sumber tersebut.

Sumber itu mendakwa lagi, penganjuran majlis tersebut juga disyaki bertujuan menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar yang diletakkan di pintu masuk dewan.

Pakaian oleh orang bukan Islam pada majlis itu pula katanya, adalah baju kebaya dan baju kurung selain terdapat cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

"Malah, majlis itu juga diadakan di premis Kristian dan seorang peserta yang ditanya secara lisan oleh pegawai penguat kuasa berhubung agamanya hanya memberikan jawapan I believe in God (saya percayakan Tuhan)," jelasnya.

Kata sumber itu, pemeriksaan ke atas gereja tersebut bermula hasil maklumat orang awam yang mendakwa adanya jemputan terhadap beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan Thanksgiving dinner program di gereja berkenaan.

Bertindak daripada maklumat itu, JAIS katanya, melakukan pemeriksaan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

"Operasi itu disertai oleh 13 pegawai penguat kuasa agama JAIS dengan dibantu oleh sepasukan 20 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Sea Park,'' katanya.

Sumber itu turut menjelaskan dengan terperinci bagaimana operasi pemeriksaan tersebut dijalankan dengan satu taklimat telah dibuat di pejabat JAIS pada pukul 8.40 malam pada hari kejadian.

Pasukan itu kemudiannya, katanya, bergerak ke gereja berkenaan dan tiba pada pukul 9.30 malam sebelum memasuki Dewan 3 yang memuatkan kira-kira 100 orang 15 minit kemudian.

Menurutnya lagi, semasa pemeriksaan, seorang pemuda sedang memberikan ucapan di pentas utama berhadapan dengan tetamu yang hadir.

"Pasukan pegawai penguat kuasa JAIS dan polis didatangi oleh seorang wanita yang memakai tag bernama 'Sofea' dan meminta supaya perbincangan dilakukan di luar dewan.

"Pasukan itu yang telah memasuki dewan juga diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan,'' katanya.

Menurut sumber itu lagi, pegawai pemeriksa turut meminta buku pendaftaran peserta program untuk melihat kehadiran orang Islam pada majlis tersebut yang mana pada awalnya, pihak penganjur memberitahu tiada orang Islam yang hadir.

Maklumat pendaftaran itu bagaimanapun katanya, berjaya diperoleh tanpa kerjasama daripada penganjur termasuk aturcara program yang mengandungi acara nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.

Apa yang dinyatakan oleh sumber itu turut didedahkan beberapa blog termasuk Gerakan Anti PKR di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com menerusi entri bertajuk "Eksklusif: 12 Melayu di Gereja MCDC didedahkan!! Sebarkan" seperti yang tersiar hari ini.

Malah, blog berkenaan turut memuatkan nama kesemua 12 orang Melayu yang hadir ke gereja itu selain aturcara program dan borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.

KOMEN : BIARKAN PIHAK BERKUASA BERTINDAK... YANG SALAH TETAP SALAH...

No comments: