Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 August 2011

BUSUKNYA MULUT MACAM SAMPAH


Nik Aziz sifatkan Zahrain 'sampah'



KOTA BHARU 3 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai 'sampah' kerana mengaitkannya dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.

''Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Zahrain semalam menegaskan pertemuan antara Nik Abdul Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Beliau sehubungan itu mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.

Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.

Semalam, Nik Abdul Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu ''lawak jenaka."

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu menafikan laporan sebuah blog bahawa beliau menghidap sejenis barah yang sukar dirawat sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan.

Nik Abdul Aziz sebaliknya mengakui pergi ke HUSM untuk mendapatkan rawatan berhubung tiga saluran jantungnya yang tersumbat serta melakukan pemeriksaan kolesterol dalam badan.

"Saya cuma ada tiga saluran tersumbat. Saya pergi baru-baru ini untuk rawatan, tiga bulan sekali saya pergi. Alhamdulillah kolesterol pun baik, turun. Saya gurau dengan doktor, eh musim durian kolestrol turun, jadi dakwaan itu tidak betul," katanya.

Sebuah portal, kelatekito.net sebelum ini mendakwa, beberapa pakar yang merawat Nik Abdul Aziz di HUSM mengesahkan penyakit barah Menteri Besar Kelantan itu sukar dikawal memandangkan beliau turut menghadapi masalah jantung dan diabetes selain menjalani rawatan kemoterapi.

Ia turut mengaitkan masalah sakit perut yang sering kali dihadapi oleh Nik Abdul Aziz sehingga beliau tidak dapat menghadiri beberapa program sebelum ini, disebabkan barah berkenaan.

KOMEN : MULUT BERKATA SESEDAP IKUT HATI YANG MARAH... KENAPA ULAMA PAS (KONONNYA) CEPAT MELATAH DAN MARAH SERTA SELALU MENGHINA DAN MENCERCA ORANG YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN MEREKA DENGAN NAMA YANG BUKAN-BUKAN...? APA PENGAJARAN DARI KATA-KATA NIK AZIZ NI? JANGAN SALAHKAN SYAITAN DIBULAN RAMADHAN NI... SENDIRI MAHU INGATLAH...

No comments: