Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 August 2011

BILA DAP CALONKAN ANJING


Strategi DAP kuasai negeri majoriti Melayu



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hasrat DAP untuk bertanding di kawasan majoriti selain Cina pada pilihan raya akan datang adalah strategi terancang parti itu untuk menguasai sedikit demi sedikit negeri yang majoritinya Melayu.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, keberanian DAP itu juga didorong oleh keyakinan bahawa mereka boleh menggunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melebarkan pengaruh.

"DAP berasa cukup yakin kerana mereka tahu Pas dan PKR tidak akan membantah bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti pembangkang ketika ini bersatu dalam ikatan yang kuat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.

Che Hamdan menambah, DAP mungkin mendapat kebenaran daripada pemimpin kanan parti pembangkang lain dalam hasratnya itu namun bakal berdepan dengan tentangan hebat daripada ahli akar umbi.

Ini kerana kata beliau, kebanyakan penyokong Pas di Kelantan dan Kedah tidak memerlukan DAP kerana beranggapan parti itu lebih menyukarkan masyarakat kerana sikap pemimpinnya yang lantang membantah isu melibatkan amalan dan perlaksanaan Islam di negara ini.

Dalam perkembangan sama, pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung berkata, keinginan besar Kit Siang itu ada kaitan dengan kejayaan DAP menguasai lebih kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, April lalu.

Kata beliau, sokongan pengundi terhadap DAP pada pilihan raya negeri Sarawak itu memberi kesempatan kepada parti berkenaan meningkatkan kuasa permintaan di kalangan parti pembangkang.

"Ada kemungkinan DAP berasakan mereka patut mendapat kerusi yang lebih pada pilihan raya akan datang termasuk di kawasan yang majoriti bukan Cina," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai penerimaan Pas dan PKR, Kuok Tiung berkata, adalah mustahil untuk kedua-dua parti itu membenarkan DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu terutama di Kedah dan Kelantan.

"Apabila Pas dan PKR menolak, DAP boleh menggunakan alasan ini untuk membersihkan nama parti mereka daripada dilabel sebagai parti Cina semata-mata," katanya.

DAP mahu calonnya jadi MB, PM
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Ogos – DAP berhasrat untuk meletakkan lebih ramai wakilnya sebagai Menteri Besar apabila bersedia untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, DAP sudah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu apabila parti itu gagal mencalonkan wakil mereka sebagai Menteri Besar.

“Tujuan mereka bukan kerana mahu mengangkat pemimpin Melayu, tetapi ingin memastikan pengaruh dan memperluaskan kuasa sekali gus menjadi parti induk di dalam pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat ‘keputusan yang sukar’.

Sementara itu Pengerusi Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berpandangan, DAP sedang menyusun langkah yang lebih besar iaitu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang memerlukan parti itu melebarkan jaringan di kawasan Melayu.

Secara halusnya kata beliau, DAP sedang mengadaptasikan cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menguasai kerusi Melayu di negara itu sejak 1965.

“Malah, hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP juga merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” katanya.

KOMEN : ADAKAH INI YANG DIKATAKAN OLEH AHLI DAP BAHAWA JIKA DAP MELETAKAN SEEKOR ANJING PUN MEREKA BOLEH MENANG PRU 13... TAKANLAH ORANG MELAYU/ISLAM SANGGUP MENYERUPAKAN DIRI DAN MERENDAHKAN MARTABAT MEREKA SERENDAH ANJING DENGAN MEMBERI SOKONGAN DAN UNDI MEREKA PADA DAP? TEPUK DADA TANYA IMAN... KERANA ANJING SAHAJA YANG AKAN MEMILIH DAN BERKAWAN DENGAN ANJING....

No comments: