Perketatkan undang-undang perhimpunan dan protes
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
TAHNIAH diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di negara ini. Kononnya rusuhan yang berlaku di London adalah akibat kadar penggangguran yang tinggi dalam kalangan rakyat.
Seorang pemimpin pembangkang pula tidak pasal-pasal melenting kerana perhimpunan haram yang disertainya bulan lalu disamakan dengan kekecohan di ibu kota Great Britain itu.
Ini bukan soal sama atau tidak. Perhimpunan yang melibatkan berbagai macam jenis manusia bukan sahaja berisiko menyebabkan kekacauan malahan ada nyawa yang melayang.
Di London sendiri anak Malaysia dibelasah dan dirompak berpunca dari berhimpun kononnya memprotes isu pengangguran yang semakin serius di negara itu.
Soal demonstrasi dan rusuhan ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Rusuhan akibat demonstrasi oleh gerakan reformasi tahun 1998 yang menyebabkan Kuala Lumpur kecoh masih segar di ingatan.
Sejarah hitam tersebut tidak pernah mengajar kita, apabila kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai Hindraf membanjiri bandaraya Kuala Lumpur pada November 2007 membuat tuntutan yang tidak dapat diterima oleh kerajaan.
Benda yang baik boleh menghasilkan kerosakan, inikan pula jika kedua-dua unsur itu buruk bukankah demonstrasi dan rusuhan ibarat api yang boleh membakar makanan dan boleh juga menjadi api yang membakar rumah. Justeru, kerajaan wajar mengetatkan lagi undang-undang menyentuh perhimpunan oleh gerakan yang bertopengkan perkara kebaikan seperti ingin mewujudkan pilihan raya yang adil dan telus.
Serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) harus dihentikan segera sebelum pihak kufur nikmat ini terus merosakkan institusi demokrasi yang berjaya memberi hak kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama 54 tahun.
Jika pihak Pas benar-benar ikhlas untuk membersihkan senarai pendaftar pilihanraya sepatutnya mereka bersifat memberi maklumat bukannya menjatuhkan kredibiliti SPR sendiri.
Jika ada tuduhan berhubung undi pos adakah ia melibatkan intergriti semua pihak yang dilantik menguruskan undi tersebut. Jika benar penipuan sewenang-wenangnya boleh dilakukan mengapa sudah empat penggal Kelantan diperintah oleh Pas.
Adakah kerajaan Pas bersekongkol dengan SPR cawangan Kelantan. Jika benar ini berlaku, Pas patut bermuhasabah diri adakah mereka selama ini berjuang mempertingkatkan kredibiliti SPR yang membantu Pas Kelantan menjadi permerintah atau cuba menjatuhkan 'hakim' yang adil selama 20 tahun mereka menjadi pemerintah.
Apa yang menyedihkan Bersih 2.0 dimonopoli oleh penyokong Pas dari seluruh negara dan amat malang kerana ahli NGO lain hanya segelintir sahaja.
Teruk sangatkah SPR hingga Kedah pun jatuh kepada Pas, adakah selama ini Pas bersifat kacang lupakan kulit dan melupakan jasa SPR mengadili kejayaan hebat mereka di Kelantan. Jangan lagi berhimpun dan berkempen memperlekehkan SPR yang cuba menguruskan demokrasi.
Kita memang mudah mengatakan keburukan SPR hanya disebabkan kesilapan teknikal dan senarai pengundi yang boleh dipertikaikan. Mengapa perlu terus berhimpun dan berkempen untuk mengubah SPR yang ada sedangkan itulah SPR yang memberi berpuluh-puluh kerusi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12.
Kepada pihak kerajaan ketatkan lagi undang-undang untuk berhimpun atas tujuan yang pelik tapi ajaib seperti Bersih 2.0.
Apa logiknya berhimpun untuk mengubah SPR yang berjasa kepada mereka di Kelantan dan Kedah. Melainkan jika tujuan menuntut itu dan ini dan berhimpun tersebut untuk melepaskan gian berdemonstrasi dan kalau boleh merusuh merosakkan negara.

KOMEN : JANGAN BAGI MUKA... YANG DITANGKAP MERUSUH DEMOSTRASI BERSIH TU BILA NAK DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG... DAH DI BAGI MAKAN SEDAP-SEDAP PUN MASIH NAK MEMFITNAH KERAJAAN... TEGAS SIKIT, RAKYAT SEPERTI SAYA NI SEDANG MEMERHATI APA DIA TINDAKAN KERAJAAN SETERUSNYA...?
No comments:
Post a Comment