Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 August 2011

PERBICARAANNYA PADA 10-14/10/2011


6 ahli PSM didakwa miliki dokumen subversif


BUTTERWORTH 3 Ogos - Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat enam hari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terbabit dengan pertubuhan haram, Bersih 2.0 dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar, Timbalan Pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, dua anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, dan M. Sukumaran, 50, serta pemimpin Pemuda PSM, R. Saratbabu, 25.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa dengan niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram iaitu Bersih 2.0 dengan membawa 600 keping salinan fotokopi risalah haram.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya.

Mereka turut menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, Bersih 2.0 dengan membawa 600 keping salinan risalah haram.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mereka juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu didakwa dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua pertuduhan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu, didakwa dilakukan di dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini pada pukul 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Ikmal Hishan kemudian menetapkan jaminan RM8,000 seorang bagi semua pertuduhan sementara menunggu perbicaraan pada 10 hingga 14 Oktober ini.

KOMEN : NAK SANGAT JADI HERO... JAWAB KAU KAT MAHKAMAH...

No comments: