Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 25 August 2011

BETUL APA.. KOMPONEN BN MASIH TIDOR


Kontroversi kenyataan Mohamed Nazri



AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Ogos 2011 menyiarkan artikel mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa Barisan Nasional (BN) boleh menjemput DAP untuk menyertai gabungan itu kerana ia disokong ramai orang Cina.

Artikel tulisan pengkritik semasa, Loh Hon Chew bertajuk ''Siapa yang boleh mewakili orang-orang Cina?'' disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A14.

Walaupun Mohamed Nazri telah menarik balik kata-katanya itu dan menafikan beliau pernah membuat kenyataan sedemikian, ia tidak semudah itu untuk ditarik balik dan penjelasan beliau sudah tidak boleh diterima.

Kenyataannya itu membuatkan MCA menggigil ketakutan dan pemimpin kanan parti itu telah membidas Mohamed Nazri.

Ada sesetengah orang berkata, UMNO sepatutnya berpegang kepada semangat setia kawan dan tidak boleh menceraikan isteri yang kurang sihat. Terdapat juga sesetengah pihak yang menyatakan hanya MCA sahaja yang boleh mewakili orang Cina.

Berikutan kontroversi itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terpaksa menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meredakan keadaan.

Menurut Soi Lek, Najib telah menyatakan kepadanya bahawa Mohamed Nazri memang suka cakap sembarangan.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang turut mengulas perkara itu berkata, kekalahan teruk partinya dan MCA pada pilihan raya umum (PRU) 2008 adalah berpunca daripada kesalahan UMNO yang bersikap terlalu diktator dan mengamalkan polisi tidak adil.

Dalam pada itu, DAP yang mengulas kenyataan Mohamed Nazri itu menegaskan bahawa parti itu bukan sahaja mewakili orang Cina sebaliknya semua kaum.

Menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, parti itu tidak sehaluan dengan polisi pentadbiran BN dan kedua-duanya tidak mungkin boleh bekerjasama. Sehubungan itu, parti itu akan tetap bersama-sama dengan pihak pembangkang.

Pendirian DAP adalah jelas, kerana ia menganggap menyertai BN adalah seperti masuk ke dalam sangkar burung.

Setiap gerak-geri perlu mengikut rentak 'semangat BN', tidak boleh mengatasi peraturan dan tidak boleh terbang keluar daripada sangkar. Contoh paling baik adalah parti Gerakan itu sendiri. Jika DAP masuk BN, sudah pasti ia akan dikurung di Pulau Pinang sahaja.

Selain itu, jika menyertai BN, DAP sudah pasti terpaksa mengambil kira pandangan UMNO Pulau Pinang. Akhirnya nanti, nasib parti itu akan menjadi seperti Gerakan yang ditinggalkan masyarakat Cina.

Sebenarnya, MCA tidak perlu terkejut dan merasa tidak tentu arah apabila mendengar kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ini kerana UMNO tidak mungkin memilih DAP yang diketahui sebagai parti yang 'sentiasa tidak mahu dengar kata' sebagai rakan kongsi mereka.

Jika MCA berani mendabik dada dan mencabar secara terbuka dengan menegaskan parti itu memang mewakili orang Cina, sudah tentu Mohamed Nazri yang akan merasa tercabar.

Bagaimanapun, sebelum berbuat demikian, MCA perlu terlebih dahulu bertindak untuk menarik semula sokongan orang Cina. Caranya, ialah pemimpin tertinggi parti itu perlu berani turun padang ke kawasan yang 80 peratus pengundinya adalah kaum itu.

Selepas dapat kalahkan pihak lawan, barulah boleh mendabik dada menyatakan MCA boleh mewakili orang Cina.

KOMEN : MEREKA KAN SAMA AJE TAK KIRA MCA KE ATAU GERAKAN... BILA KALAH TERUK DIPRU 12, UMNO JUGA YANG MEREKA SALAHKAN SEDANGKAN YANG MEMBUATKAN MEREKA KALAH SEBAB KEHILANGAN SOKONGAN KAUM MEREKA SENDIRI... WALAUPUN KALAH JADI JUGA MENTERI... BAIK TAK PAYAH BERTANDING...

No comments: