Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 22 August 2011

SISTEM DEMOKRASI ALA MALAYSIA


Sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan



JAKARTA 21 Ogos - Sistem demokrasi yang sudah lama terjadi di Malaysia tidak menawarkan sebarang kekebalan kepada parti pemerintah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia, menurut Perdana Menteri, memilih sistem demokrasi melalui proses evolusi yang secara prinsip tidak ada kekebalan kepada parti pemerintah.

Sehubungan itu, beliau berkata, setiap kali berlaku pilihan raya umum, nasib parti yang memerintah Malaysia sama dengan parti pembangkang iaitu terletak di tangan rakyat.

Najib menegaskan, pada masa sama tidak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan hasil daripada perolehan suara rakyat.

"Nasib di tangan rakyat tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat,'' katanya dalam satu wawancara dengan akhbar Kompas yang disiarkan hari ini.

Najib berkata, pada masa ini, rakyat sudah mula kembali memberikan kepercayaan kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah.

Menurut Perdana Menteri, sejak dua tahun kebelakangan ini, kedudukan parti pemerintah itu semakin baik jika diukur berdasarkan keputusan di beberapa pilihan raya kecil yang diadakan.

Bagaimanapun, Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu, beliau sangat realistik bahawa pilihan raya kecil bukan ukuran mutlak untuk menentukan kemampuan sesebuah parti memerintah untuk meraih kemenangan yang sama dalam pilihan raya umum.

"Ukuran mutlak tentunya adalah pilihan raya (umum), yang mungkin suasananya akan berbeza," kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan yang dipimpin beliau hari ini perlu berusaha dengan segala keupayaan dan kekuatan yang ada untuk membentangkan agenda dan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dalam wawancara itu juga, Najib menyatakan harapannya hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan terus mekar menjadi hubungan yang amat intim.

Menurut Najib, dengan latar belakang keluarga beliau yang berasal dari keturunan ke-11 Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan tentunya akan membuatkan hubungan dua negara lebih istimewa dan unik.

"Dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua bangsa," kata Najib lagi.

KOMEN : MANA ADA SISTEM DEMOKRASI TERBAIK DI DUNIA, TERUTAMA DINEGARA BARAT... BAGI KAWAN SISTEM DEMOKRASI ALA MALAYSIA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

No comments: