Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 5 August 2011

Siasat pendedahan blog


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan sebuah blog mengenai salah guna kuasa yang berlaku di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris di Balai Polis Dang Wangi bagi mendesak polis menyiasat pendedahan yang bertajuk 'musuh dalam selimut'.

Menurut Irwan Fahmi, pendedahan mengenai salah guna kuasa dalam memberikan projek kepada syarikat milik Israel itu telah dibuat sejak tiga minggu lalu di blog Gerakan Anti PKR, selain dipaparkan juga di blog-blog lain.

"Berikutan itu, laporan polis telah dibuat untuk mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dan menjelaskan perkara sebenar.

"Perkasa juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pegawai yang didakwa berpangkat Deputi Supritendan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, penyalahgunaan kuasa dan kerjasama untuk memberikan projek kepada sebuah syarikat Israel adalah satu ancaman dan penghinaan kepada negara.

"Lebih teruk lagi kerana ia berlaku pada jabatan keselamatan yang sepatutnya melindungi rakyat daripada anasir luar.

"Oleh itu, PDRM perlu mengambil tindakan pantas dan membuat siasatan dan menjelaskan mengenai pendedahan dibuat di blog berkenaan," ujarnya.

Irwan Fahmi memberitahu, pihaknya juga menyerahkan sebuah dokumen mengandungi pendedahan terperinci kepada polis bagi memudahkan siasatan.

KOMEN : SIASATLAH DENGAN TERPERINCI SEBAB RAKYAT JUGA INGIN TAHU?

No comments: