Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 16 August 2011

MB SELANGOR ALAMI SINDROM PENAFIAN


NGO desak MB Selangor, JAIS dedahkan laporan




KUALA LUMPUR 15 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan laporan pemeriksaan jabatan itu terhadap sebuah gereja di Damansara Utama bagi mengelak berlakunya spekulasi yang lebih buruk.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, sudah sampai waktunya laporan didedahkan kepada umum agar masyarakat tidak terus keliru dan menganggap seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri berhubung laporan tersebut.

Katanya, JAIS sudah menjalankan tanggungjawab dengan memberi kenyataan dan menyerahkan laporan kepada Abdul Khalid dan kini tiba giliran kerajaan negeri membuat pendedahan demi menjaga keyakinan rakyat terhadap agensi agama itu.

"Sekiranya ada salah laku yang dibuat oleh JAIS, kita minta tindakan dibuat terhadap agensi tersebut begitu juga dengan pihak pengurusan gereja yang bertanggungjawab sebab hal akidah perlu dihormati oleh mana-mana agama sekali pun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, pasukan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di Dream Centre milik Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, namun berlaku kekeliruan berikutan kenyataan bercanggah Abdul Khalid dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.

Berhubung isu yang mengatakan Abdul Khalid mengeluarkan arahan agar Exconya menutup mulut terhadap insiden pemeriksaan tersebut, kata Maliki, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid perlu berdepan secara tulus kerana hal undang-undang adalah perkara serius apatah lagi apabila melibatkan hal agama.

"Pada awalnya, saya menganggap kerajaan negeri ingin membuat siasatan terperinci sebelum membuat pendedahan namun apabila sehingga kini tiada sebarang pendedahan dilakukan nampak seperti mereka tidak matang dan tidak berani berdepan dengan realiti," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim, Ann Wan Seng Abdullah berkata, perkara yang melibatkan akidah adalah sesuatu yang cukup sensitif bagi agama Islam apatah lagi apabila turut melibatkan rumah ibadat agama lain justeru, pendedahan segera perlu dilakukan.

"Kerajaan negeri termasuk Exconya perlu tampil membuat kenyataan memandangkan mereka juga ada tanggungjawab dalam menjelaskan hal sebenar. Bagi saya, Exco jika tidak membuat kenyataan sama seperti tidak menjalankan tugas kerana memberi laporan adalah kerja mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, sekiranya benar berlaku majlis yang boleh merosakkan akidah dan mempunyai elemen murtad, umat Islam yang hadir boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah serta menjalani proses Istikadah dan kaunseling.

"Menurut perkara 11(4) perlembagaan menyatakan undang-undang boleh digubal badan perundangan negeri dan parlimen bagi Wilayah Persekutuan untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam dan Selangor mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

"Jika didapati pihak gereja melakukan perkara yang boleh dianggap memesongkan akidah atau berlakunya penyebaran agama kepada yang bukan Islam, maka tindakan boleh diambil di bawah enakmen tersebut," katanya.

KOMEN : MASALAHNYA MB SELANGOR NI KUAT MELATAH... BELUM SIASAT DAH MOHON MAAF... TAKUT TAK TENTU HALA MACAM NAMPAK HANTU CINA DATANG NAK CEKIK DIA... LEPAS INI DIA NAK MINTA MAAF KAT SIAPA PULAK? RAKYAT SELANGOR MENANTI TINDAKAN DARI MB UNTUK BERTINDAK KEPADA YANG TELAH MELAKUKAN KESALAHAN... TAKAN SELAMANYA NAK SEMBUNYIKAN BAWAH KARPET, MACAM KES VIDEO KAMERA DALAM PEJABAT MENTERI BESAR YANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI....

No comments: