Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 8 August 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
08/08/2011 6:15pm



KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

KOMEN : RASA-RASANYA PEJAWAT AWAM YANG SELALU MENGUTUK DAN TIDAK MENYOKONG KERAJAAN MERASA MALU TAK DAPAT BONUS SETENGAH BULAN GAJI? ALHAMDULILLAH SYUKURAN DAPAT NIKMAT DARI ALLAH swt SEMPENA AIDIL FITRI TAHUN INI... KATA ORANG REZEKI ANAK-ANAK... SUSAH SANGAT KE NAK MENYOKONG KERAJAAN...

No comments: