Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 18 August 2011

KERAJAAN AJE, PEMBANGKANG IKHLAS TAK?

Bukti keikhlasan kerajaan – PM
Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my





Najib Tun Razak memberi sumbangan Hari Raya kepada warga emas pada Majlis Bersama Imarahkan Ramadan Al-Mubarak di Pangsapuri Sri Perantau, Selat Klang, Klang semalam. – Bernama

KLANG 17 Ogos – Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya bukan bermakna perjalanan pilihan raya di negara ini songsang.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini selain membuktikan kerajaan sedia membuat pembaharuan agar sistem pilihan raya lebih baik.

“Ini bukan pengakuan tidak langsung menyatakan pilihan raya songsang dalam negara kita. Kalau songsang, kita tak serah Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu tetapi kita pinjamkan sementara sahaja kepada pembangkang.

“Kita boleh melakukan yang terbaik dan perbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut kepada pembaharuan tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kehendak rakyat sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Najib berkata, beliau sebagai Perdana Menteri berasa amat bertuah kerana penduduk di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni berbanding rakan sejawatannya di Britain yang baru berdepan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak memperkecilkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

“Saya dapat merasakan perasaan rakan saya, PM (Perdana Menteri) Britain (David Cameron) yang berdepan dengan rusuhan. Bukan sekali tetapi menjangkau beberapa hari dalam sebuah negara yang dulunya menjajah kita yang dianggap sebagai negara yang telah membawa kepada amalan demokrasi berparlimen.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain menyatakan bahawa masyarakat negaranya sudah dinodai akhlaknya yang membawa kepada masyarakat yang banyak penyakit," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan hasrat rakyat setempat sebagai mana yang disuarakan oleh UMNO Bahagian Kapar agar kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia.

Katanya, ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada hampir 50,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib di Surau An-Nur di pangsapuri berkenaan, Najib kemudian beredar ke Masjid As-Syaadah di Bandar Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

KOMEN : SEBENARNYA KERAJAAN TIDAK PERLU MENUBUHKAN APA-APA JAWATANKUASA PEMBAHARUAN PILIHANRAYA KERANA PUAK PEMBANGKANG NI TIDAK AKAN IKHLAS, BELUM TERTUBUH DAH MACAM-MACAM HAL DIMINTANYA... DAH JENIS MENANG ATAU KALAH PUN AKAN BISING DAN MEMFITNAH. MANA MEREKA PUAS SELAGI KERAJAAN BN TIDAK DIJATUHKAN DENGAN APA CARA SEKALI PUN... SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT MEMERINTAH PUTRAJAYA SELAGI ITULAH POLITIK BANGSAT AKAN MEREKA PUTARKAN...

No comments: