UMNO, BN tidak perlu risau Ku Li sertai pembangkang
KUALA LUMPUR 3 Ogos - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau jika Tengku Razaleigh Hamzah menyertai pembangkang kerana sejarah membuktikan semangat kemelayuan Ahli Parlimen Gua Musang itu cukup kental.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, penglibatan Tengku Razaleigh dalam pakatan pembangkang diyakini akan mampu membawa pakatan itu khususnya Pas kembali kepada perjuangan UMNO.
''Beliau pernah melakukannya dengan berjaya melalui Semangat 46 satu ketika dahulu. Percayalah beliau akan melakukannya sekali lagi dengan pembangkang.
''Rasionalnya mudah, tidak ada pemimpin Melayu Islam yang sanggup diingati sebagai pengkhianat agama dan bangsanya. Untuk itu, Tengku Razaleigh tidak terkecuali,'' katanya menerusi entri terbaru bertajuk 'Tahniah Ku Li' menerusi blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.
Zulkifli berkata, UMNO sepatutnya berbangga kerana walaupun dimaki hamun dan dicerca sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu oleh pembangkang, apabila terdesak mereka tetap mencari pemimpin UMNO untuk bersatu khususnya yang melibatkan Pas dan DAP.
Buktinya, jelas beliau, dalam menghadapi UMNO dan BN ketika pilihan raya umum 1990 dan 1995, Pas dan DAP terpaksa melantik Tengku Razaleigh melalui Semangat 46 untuk menjadi pemimpin serta 'gam kanji' bagi membolehkan dua parti berkenaan dapat 'tidur sebantal'.
''Memang jelas Pas dan DAP tidak boleh bekerjasama sesama mereka. Begitu teruknya hubungan mereka sehingga Tengku Razaleigh terpaksa menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk bersama Pas dan DAP.
''Yang paling banyak menerima manfaat pada masa itu ialah Pas yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada 1990. Tetapi sejarah melihat bagaimana Pas mengkhianati Tengku Razaleigh dan akhirnya ia berpecah manakala Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan UMNO,'' katanya.
Bukti kedua pula, ujarnya, apabila berdepan dengan BN pada 1999 yang menyaksikan sekali lagi Pas dan DAP terpaksa mengambil pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin dan 'gam kanji' untuk melekatkan mereka.
''Maka calon mereka pada masa itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekali lagi Pas mendapat manfaat apabila mendapat banyak kerusi Parlimen. Setelah dua pilihan raya, kepimpinan Pas sudah mula merasakan Anwar sebagai liabiliti dan tidak membawa apa-apa manfaat.
''Sebab itu tidak hairan ada kepimpinan Pas mula melihat ke arah Tengku Razaleigh. Persoalannya, adakah Tengku Razaleigh bersedia menjadi kuda tunggangan Pas sekali lagi?
''Tengku Razaleigh politikus yang sudah matang. Beliau kenal siapa Pas apatah lagi pernah tidur sekatil hampir 10 tahun dengan mereka. Dengan pengalaman sebegitu rupa, saya cukup yakin Tengku Razaleigh akan mengatur langkah dengan lebih bijak,'' tambahnya.

KOMEN : KADANG-KADANG AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA... HATI MANUSIA SIAPA YANG TAHU.... HARAP-HARAP YANG EMPUNYA DIRI FAHAM MAKSUD TERSIRAT PARTI PEMBANGKANG...
No comments:
Post a Comment