Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 16 August 2011

Lawak Minggu Ini cabaran buat Jambu


Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN




DARI kiri: YUS, Taukeh dan Acong tidak menghadapi sebarang masalah dalam mencari keserasian bersama ketika membuat persembahan.

KETIKA awal kemunculan kumpulan Jambu dalam rancangan Maharaja Lawak beberapa bulan yang lalu, ramai yang beranggapan bahawa kumpulan berkenaan tidak mampu untuk pergi lebih jauh dan akan tersingkir dengan lebih awal.

Bagaimanapun, kumpulan yang dianggotai oleh Zamatul Zamri Zakaria atau lebih sinonim dengan Taukeh dan Yusry Edoo atau Yus itu telah mengejutkan ramai pihak dengan persembahan yang cukup konsisten saban minggu.

Sinonim dengan warna merah jambu, ternyata gandingan mereka berdua dilihat sangat tepat dengan tampil menerusi lawak-lawak yang melucukan sehingga menduduki tempat keempat pada aksi final Maharaja Lawak.

Selepas itu, kumpulan berkenaan terus mendapat perhatian ramai di samping menerima beberapa tawaran sebaik sahaja rancangan Maharaja Lawak berakhir. Terbaru, mereka telah muncul dalam rancangan Lawak Minggu Ini.

Ditemui pada rakaman siaran langsung rancangan tersebut di Putrajaya baru-baru ini, mereka menyifatkan ia sebagai satu penghormatan kepada mereka apabila diundang untuk menjayakan rancangan terbaharu yang disiarkan di saluran Astro Warna.

“Selepas rancangan Maharaja Lawak, ini adalah rancangan komedi terbaru yang menampilkan Jambu. Pada kami rancangan Lawak Minggu Ini adalah sebuah rancangan komedi yang cukup menarik, tetapi ia turut menguji kami sebagai pelawak.

“Tidak dinafikan menyertai rancangan ini memang memberi satu cabaran yang besar kepada kami. Kalau sebelum ini kami sekadar beraksi dalam tempoh lima hingga enam minit, namun kali ini kami harus membuat persembahan di pentas selama satu jam,” jelas Taukeh.

Tambahnya lagi, mereka terlebih dahulu akan berbincang sesama sendiri tentang konsep yang ingin dipersembahkan kerana tampil sebanyak empat buat sketsa yang berlainan dalam satu masa memerlukan mereka menghasilkan idea-idea menarik dalam setiap persembahan.

Namun begitu, pada kali ini mereka merasakan lebih santai dan tidak terlalu tertekan kerana ia bukanlah sebuah pertandingan, malah pihak produksi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk tampil dengan lawak-lawak yang sesuai.

Ditanya mengenai mengenai persembahan pada malam itu, Taukeh memberitahu 80 peratus lawak yang ditampilkan adalah secara spontan di samping Acong Sweetchild yang turut dipilih sebagai tetamu undangan mereka.

“Untuk persiapan menyertai rancangan ini kami memang jarang berlatih dan lebih banyak membuat perbincangan. Biarpun diberikan kebebasan, tetapi kami masih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, Acong yang menjadi pilihan kumpulan Jambu untuk memeriahkan lagi rancangan Lawak Minggu Ini menyatakan dia sendiri tidak ada masalah untuk bergandingan dengan mereka.

Menurutnya, mereka bertiga sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak dahulu lagi dan dia langsung tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama ketika membuat persembahan.

“Memang saya akui sangat gembira dan senang dapat bergandingan dan bekerjasama dengan kumpulan Jambu. Lagipun karektor masing-masing adalah seimbang kerana kami bekerja sebagai satu pasukan walaupun saya bukanlah ahli kumpulan mereka,” ujarnya.

Semakin sibuk

Setelah mencipta nama dalam rancangan Maharaja Lawak dan semakin menjadi perhatian ramai, kumpulan Jambu mengakui jadual kerjaya mereka ketika ini agak padat dengan pelbagai tawaran yang diterima termasuklah pada bulan puasa ini.

Jelas Yus, sekarang mereka berdua seringkali digandingkan bersama untuk drama atau telefilem. Terbaru, mereka baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Jambu Hanyut di bawah arahan Badarudin Haji Azmi.

“Kalau sebelum ini orang hanya menggunakan khidmat saya atau Taukeh untuk setiap tawaran berlakon yang diberikan, tetapi sekarang sudah banyak tawaran lakonan yang menampilkan kami berdua secara bersama.

“Kami akui sejak Jambu ditubuhkan orang semakin mengenali kami. Walaupun orang melihat kami sebagai pelawak, namun kami tidak akan keberatan sekiranya ditawarkan untuk watak yang lebih serius,” ujarnya yang mempunyai pengalaman luas di pentas teater.

Menurutnya, meskipun rancangan Maharaja Lawak telah tamat, tetapi hubungan mereka dengan peminat tidak pernah putus. Malah, sudah ada perancangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kumpulan Jambu dalam tempoh terdekat ini.

“Kami tidak pernah menganggap orang menyokong kami sebagai peminat, sebaliknya mereka itu kami anggap sebagai sahabat. Bagi kami apa yang telah diperolehi ini semuanya adalah hasil bantuan mereka yang tidak pernah jemu menyokong kami selama ini,” ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Sy hormat Pak Yus, walau dia dah bergelar bintang, tapi dia tak pernah lupa asal usul dia. Dia layan peminat2 dia sebagai sahabat dan tak pernah sombong melayan karenah peminat. Yang tu paling penting.